#JantungHatiMamaLieya

#JantungHatiMamaLieya

Wednesday, November 28, 2012

Triffle

Tgk Kat website pencinta2 makanan semua update pasal triffle.. Teringin gak nak wat Triffle ni.. So Rajin la masuk sana sini cari yg plg simple n meletop nye resepi. So Dapat la I kongsi with all my friends kan.. Dah Jadi Fav My Hubby.. So Every Weeks Dia Request.. Kek Gulung Bermacam- macam perisa dia suka.. Yang Plg Dia suka Kek Oren. Sbb dia kata Kek Oren ade rasa masam2 sikit plus dgn cocktail n Agar2 manis kan. so Kombinasi yg menarik (Ckp Pun ala2 Chef Zubir)

Bahan- Bahan

Kek Gulung ( terpulang perisa apa yang anda gemari)
1 Tin Fruit Cocktail
1 paket Agar-Agar
1 Tin Susu cair
1 Cawan Tepung Kastard
4 Cawan Air
2 Sudu Besar Gula Pasir

Cara-Cara
* Untuk Kastard
 Campurkan Tepung kastard dan Susu. Masak Diatas api yg Perlahan, Masukkan Gula. masak sehingga pekat. Ketepikan dan biarkan ia sejuk

* Agar- Agar
Campurkan Sepeket agar2 dgn air Yang Panas. (Ikut arahan pada pek agar2)

Kemudian Susun Kek Yg Telah Dipotong ke dalam Mangkuk (Klu Blh Yg transparrent, nak naik kan mood Makan)
Air dr tin cocktail tadi di letakkan sedikit di atas kek.
Pas tu Tuang kan kastard di atas kek tadi sampai menutupi kek tersebut.Biarkan seketika.
Bila dah custard dah mengeras, taburkan fruit cocktail atas kastard tadi. sebanyak mana yg anda mahukan.
Lepas tu tuangkan agar- agar atas buah buahan tadi.
Then, Sejukkan didalam Peti sejuk..Setelah itu boleh di makan bersama familia..

Seronok klu di masak bersama anak2..Klu aku masak mesti si kecik tu tlg taburkan fruit cocktail ..Mama..Yum yum...







Durian Crepe

Skrg Ni Musim Deghoyan la kan..Di sebabkan raja buah ni rata2 fb status " sedapnye durian crepe".. lazatnye.. Tambahan lak member aku Cik APASH ade open for order for durian crepe ni kan.. Tapi tu la Jauh la.. Dia beroperasi di BAtu Gajah.. Teringin gak aku nak order... ye lah semua org kata sedap...Lagi pun she was the good Baker kan.. so sape2 area Ipoh nak belajar or nak order cake ( Confirm Marvelous)..Or Durian Crepe boleh la contact dia ye @ http://apashlovetobake.blogspot.com/ or FB Apash Sweet Treats.. hehehe promo member jap.

Tetiba depan umah aku ade Lori durian br park.. Mak aii banyak ye.. Buat aku terliur.. Ye la aku ni boleh la dikirakan hantu deghoyan.maklum la org perak. Kg lak kat Kuale..hehehe. Tetiba Pakcik tu bentang banner "DURIAN BUKIT GANTANG'.. Waaaa.. lagi la aku terliur.. Kg My Dad and mmg durian sana TIP TOP.. Tapi tu la Laki aku lak bukannye hantu durian.. Al Maklumla.. ORANG KEY ELL.. Pikir duk pikir mcmn la nak pujuk dia beli ni.. Hmm.. YES .. How About I Make Durian Crepe.. hehehehe..At last berjaya gak aku pujuk dia beli...Lepas kempunan aku..Kat sini aku titipkan resepi Durian crepe. Tapi aku dah tak ingat aku amik resepi dari mana..

Bahan A
  
250 gm tepung gandum 
3 biji telur ( reen guna 2 biji telor gred A)
500 ml santan / Boleh Gak Guna Fresh Milk UHT Dutch Lady    
1 Sudu Tepung Ubi Kayu
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna kuning untuk kulit berwarna kuning

Bahan B

1 Cawan Non Dairy Whipping Cream
Isi Durian


Cara- Caranye


1) Satukan semua bahan A & masukkan dalam Mixer dan kisar.Kemudian tapiskan
2) Panaskan non-stick pan
3) Bubuh sikit minyak  
4) Tuang 1 senduk ke dlm  non-stick pan.
5) Rata kan macam buat Apam Balik. Klu Boleh biar senipis yg boleh
6) Tak perlu Di terbalikkan. Angkat dan biarkan sejuk. Nanti kite guna bahagian yang licin sbg permukaan atas. 
7) Ulang hingga adunan habis.

8) Pukul Whipping Krim Dalam Mixer Hingga Kental.
9) Pisahkan Isi Durian dari Bijinye. 

10) Bentangkan 1 Keping Crepe. Letakkan sedikit whipping Cream Di tengahnye. Letakkan Isi durian Di atas Whipping Cream tadi. Lepas tu Letak sedikit whipping Cream Di atas durian. Lipat Crepe dan kemudian di simpan dalam peti sejuk dalam 1 jam. Sedap klu di hidangkan masa di sejuk.. HHmmmm Yummy..

First attempt aku dia punya crepe tebal sikit.. tapi rasa nye marvelous.. bak kata anak dara aku.. mama.. dap..dap..Hubby nye kritikan ala2 chef zubir.. isi dalam dah sedap. durian  dia ala2 manis. tapi tu la klu boleh dinipiskan lagi crepe tu rasanye lebih sedap...Ok.. I will try the best for the 2nd attempt...


Kepada sesiapa yg masih belum mengenali Durian Crepe,Inilah contoh gambarnye... Yang Aku buat hari tu Tak sempat nak ambik dah hbs..


Tuesday, October 30, 2012

MIA Perlukan Penderma Hati

pix
Biarpun sedih namun ibu bapa muda ini tetap sabar menanti sinar yang mampu memberikan cahaya dalam kehidupan anak kecil mereka yang sakit. HASNITA SAWAL mendapatkan maklumat lanjut. Jurufoto MOHD HALIM SALLEH. 
Suara tangisan bayi menyambut kedatangan penulis di kediaman yang terletak di Kuala Langat. Tatkala kaki melangkah masuk ke dalam rumah kelihatan seorang bayi sedang menangis terlantar di atas permaidani.
Bertubuh kecil, berkulit gelap, si kecil terus melagukan irama sedu sambil kaki ciliknya terangkat-angkat. Abang-abangnya Luqman Haqeem, 5 dan Aiman Danish, 3, leka bermain di sisi adik seolah tidak hairan dengan tangisan itu. Biarpun Puteri Mia Adriana sudah mencecah usia 10 bulan namun dia masih kelihatan seperti bayi yang baru lahir. Semua perkembangan satu-satunya anak perempuan milik Nurhashimah Tasim, 27 dan Mohd Nooridan Mohd Samsudin, 29 terbantut akibat penyakit yang dihidapi.
Lahirnya di Hospital Putrajaya pada tanggal 1 November 2011 secara normal disambut penuh kesyukuran. Seronok ibu dan ayah kerana dikurniakan zuriat perempuan setelah dua anak terdahulu adalah lelaki. Namun bahagia yang dikecapi berakhir semuanya apabila puteri cilik kesayangan keluarga mula diserang demam diikuti mata berwarna kuning dan perut membengkak. Bayi yang mesra disapa Mia mula menunjukkan ciri-ciri tidak sihat ketika usianya empat bulan. Pemeriksaan di klinik swasta berhampiran rumah kerana demam berlanjutan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila doktor mengesyaki penyakit lain. “Doktor menyuruh kami buat pemeriksaan lanjut di PPUM kerana simptom Mia menunjukkan sakit berkaitan hati,” tuturnya tenang.
Pembedahan kecil
Jika bayi lain diserang jaundis selepas lahir tetapi Mia langsung tiada masalah demam kuning tersebut. Rupanya ada petanda lain yang lebih buruk. Untuk mengesan punca penyakit Mia, doktor melakukan pembedahan kecil di bahagian perut ketika dia berusia lima bulan. Sedikit contoh hati Mia diambil akhirnya menemukan jawapan penyakit yang dihidapinya. Bahkan cebisan hati juga berujuan untuk mencari penderma yang sesuai.
Menerima berita sedih yang menimpa si anak dengan perasaan bercampur baur. Nurhashimah mengaku mula-mula dia tidak boleh menerima kerana berlaku kepada satu-satunya anak perempuan yang dimiliki. Tetapi sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan terdekat sedikit sebanyak menyuntik semangat kepadanya dan suami untuk berjuang menyembuhkan penyakit Mia. Menurut doktor hanya pembedahan pemindahan hati menjadi rawatan untuk menyembuhkan pesakit Biliary Atresia. Buat masa sekarang Mia hanya makan ubat vitamin untuk menguatkan antibodi badannya.
Merengek sakit
Sepanjang perbualan dengan si ibu, suara tangisan dan rengekan Mia mengiringi kami. Menurut Nurhashimah memang begitulah keadaan bayinya. “Sejak disahkan sakit Mia tidak berhenti menangis. Dia hanya diam sekejap sahaja bila tidur atau menyusu. Selebihnya Mia akan menangis kerana dia berasa sakit,” ujarnya memberitahu tidak pernah tidur lena sejak Mia sakit. Selain minum susu badan, Mia turut diberi susu khas yang disarankan doktor untuk menaikkan berat badannya. Ini kerana katanya ia penting untuk membuat pembedahan pemindahan hati.
“Doktor kata bila beratnya sudah cecah 10 kg barulah boleh buat pembedahan. Sekarang hanya 5 kg dan sering naik turun walaupun dia tiada masalah dari segi makan dan minum susu. Masalahnya bila makan banyak perutnya akan jadi besar dan bila bawa hospital kena buang sebab dalam perut banyak cecair sahaja. Najis yang dikeluarkan cecair sahaja kerana makanan yang dimakan tidak dapat diproses. Kalau kentut pun dia akan menangis sebab sakit.”
Saluran hempedu
Fizikal pesakit Biliary Atresia memang serupa. Berbadan kecil seolah hanya tinggal tulang dan kulit sahaja, berkulit gelap dan perutnya membuncit. Keadaan tubuh yang kurus kering dan kulit gelap adalah disebabkan segala makanan yang dimakan tidak diproses menjadi lemak dalam badan. Najis dan air kencing yang dikeluarkan oleh Mia juga berbeza dengan bayi yang sihat. Menurut Norhashimah najis anaknya berwarna pucat dan cair sahaja sementara air kencingnya pula berwarna seperti air teh O.
Mengimbas kembali punca penyakit anaknya, dia yang awalnya buntu bagaimana Mia boleh dihidapi penyakit Biliary Atresia sedangkan dalam sejarah keluarga kedua belah pihak tidak ada yang mendapat penyakit tersebut. “Menurut doktor penyakit Mia sudah mula terbentuk sejak dia di dalam perut saya lagi. Saluran hempedunya dikatakan tersumbat dan sempit. Oleh sebab tidak dapat mengesan penyakit ketika bayi dalam perut maka saluran itu tertutup dan memberi kesan kepada hatinya,” ceritanya yang tiada sebarang masalah kesihatan sepanjang mengandungkan Mia.
Penderma organ
Menjaga Mia tidak sukar tetapi perhatian 24 jam perlu diberikan kepadanya. Norhashimah yang tidak bekerja memberitahu kebanyakan masanya dihabiskan dengan Mia. Kerja-kerja rumah hanya boleh dilakukan apabila Mia melelapkan matanya seketika. Sebaik sedar tangsiannya membuatkan Norhashimah tidak senang duduk. Risau akan perkara buruk berlalu kepada anak kesayangannya. Kini dia dan suami hanya menunggu saat Mia boleh menjalankan pembedahan bagi menyembuhkan penyakitnya. Semua itu hanya boleh direalisasikan apabila berat badan Mia bertambah kepada 10 kg dan mendapat penderma hati.
Kes anak kecil yang malang ini dirujuk ke Hospital Selayang yang mempunyai doktor pakar berkaitan penyakit hati. Mia bukan sahaja perlu menjalankan rawatan susulan di hospital Selayang tetapi jika dijangkiti demam biasa dia perlu mendapat rawatan di hospital yang sama juga. Bahkan untuk suntikan imunisasi juga Mia perlu mengambilnya di hospital tersebut kerana menurut Norhashimah hospital lain tidak berani untuk mengendalikan pesakit Biliary atresia yang mudah mengalami pendarahan ketika menerima suntikan imunisasi.
Menanti dan menunggu sememangnya perkara yang menyiksakan tetapi bagi Norhashimah dan suami, mereka rela merasakan penyiksaan tersebut asalkan hasilnya memberi sinar baru dalam hidup bayi mereka. “Sekarang kami menunggu penderma organ dari kalangan orang yang meninggal atau ahli keluarga selain berharap berat badan Mia dapat bertambah dengan cepat supaya pembedahan dapat dijalankan segera,” beritahu Mohd Nooridan penuh mengharap. Bagaimanapun dia faham apa yang dinantikan itu bukan semudah disangka. Ditanya mengapa tidak dia sendiri mendermakan hati untuk anaknya, Nooridan memberitahu doktor menasihatkan lebih baik menerima organ yang didermakan oleh orang yang meninggal kerana banyak risiko jika ahli keluarga terdekat menderma.
 
(Sumber: Majalah Pa&Ma November 2012)

Wednesday, October 10, 2012

Fitnah

Fitnah An - Namimah ( Bahaya Mengadu domba)


Dr Azwira Abdul Aziz

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya;
“Seorang Muslim adalah seseorang yang orang Muslim lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (riwayat Imam al-Bukhari, no. 10)
Antara maksiat melalui lisan ialah namimah. Maksud namimah ialah memetik kata-kata orang dan menyebarkannya dengan tujuan untuk merosakkan, melagakan-lagakan, mencetuskan permusuhan, perbalahan dan kemarahan di kalangan manusia. Imam an-Nawawi (wafat 676 H) mengatakan bahawa para ulama mendefinisikan namimah sebagai menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosak hubungan di antara mereka (lihat: Syarah Nawawi untuk Shahih Muslim 1/214).
Di dalam bahasa Melayu namimah disebut sebagai ‘membawa mulut’ dan ‘mengadu domba’ Ini adalah salah satu jenis maksiat lidah kerana petikan itu dipindahkan melalui lidah. Antara sifat orang yang tidak beriman ialah hamaz iaitu suka menggelar-gelarkan orang dan mengadu domba. Di dalam al-Qur’an Allah berfirman maksudnya:
“Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya). Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).” (surah al-Qalam, ayat 10-11)
Dari Hudzaifah, beliau mengetahui laporan tentang adanya seseorang yang suka melakukan namimah (adu domba) maka beliau mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda maksudnya;
“Nammam (orang yang suka mengadu-domba) itu tidak akan masuk syurga” (riwayat Imam Muslim, no 303).
Ini adalah dosa besar pada pertimbangan atau pada ukuran ulama salaf seperti yang dihimpukan oleh Imam Syamsudin az-Zahabi (wafat 748H) dalam kitab Al-Kaba-ir (Dosa-dosa Besar). Akan tetapi pada ukuran manusia pada hari ini, mereka tidak merasakan perkara itu sensitif dan besar kesalahannya sedangkan berdasarkan hadis Nabi SAW, ini adalah satu ancaman yang berat.
Kisah dua ahli kubur
Di dalam hadis lain daripada Abdullah Ibn Abbas RA, Nabi SAW melalui dua buah kubur kemudian Nabi berkata, maksudnya:
“Sesungguhnya kedua-dua ahli kubur ini sedang diazab.”
Hadis ini menceritakan tentang azab kubur. Tetapi kedua-dua ahli kubur itu bukanlah diazab berdasarkan dosa besar pada pandangan kedua-duanya. Salah seorang daripada mereka suka melakukan adu domba dengan memetik kata-kata orang tertentu kemudian menyebarkannya untuk mencetuskan permusuhan. Manakala seorang lagi itu tidak bersih daripada air kencing ataupun cara dia qada hajat tidak mengikut sunnah Nabi.
Seperti yang dijelaskan Nabi yang bermaksud,
“Dan keduanya bukanlah diazab kerana perkara yang berat untuk ditinggalkan. Yang pertama, tidak membersihkan diri dari air kencingnya. Sedang yang kedua, berjalan ke sana ke mari menyebarkan namimah.” (riwayat Imam Al-Bukhari, no. 213)
Kedua-duanya ahli kubur tersebut menganggap perkara tersebut adalah dosa kecil. Mereka diazab disebabkan dosa yang kedua-duanya menganggap ianya dosa kecil. Mereka mengambil ringan perkara tersebut menyebabkan mereka sendiri menerima padahnya.
Di dalam hadis lain Nabi SAW bersabda, maksudnya:
“Mahukah kalian jika aku memberitahu kepada kamu orang yang paling jahat di kalangan kamu?’ Maka jawab sahabat ‘Ya’. Lalu baginda bersabda lagi maksudnya ‘Orang yang suka mengadu domba dan memecah belahkan kasih sayang di antara manusia dan orang yang mencari keaiban orang yang tidak berdosa.” (riwayat Imam Ahmad)
Ini adalah 3 golongan yang Nabi sebut di dalam hadis ini secara khususnya sebagai sejahat-jahat manusia atau sejahat-jahat umat baginda.
Namimah ini suatu perkara yang berleluasa pada zaman sekarang lebih-lebih lagi di dalam kontek perkembangan teknologi semasa. Jika dahulu sebaran itu tidak meluas dan tidak begitu cepat tetapi sekarang ini satu namimah yang dibuat sebarannya sampai ke seluruh ufuk seperti yang disebut oleh Nabi SAW. Ini kerana telah adanya satelit yang memindahkannya keseluruh ufuk. Jadi skop perbalahan itu akan cepat berlaku dan lebih meluas. Ini adalah antara perkara yang kita sama-sama perlu jaga dan muhasabah.
Kaedah menangani namimah
Saya tertarik di dalam kitab Sahih al-Bukhari pengarangnya menyenaraikan beberapa perkara dan etika ataupun tip yang perlu kita ambil dan gunakan di dalam menangani permasalahan namimah ini.
Pertamanya apabila seseorang itu memilih sikap tidak mudah mempercayai berita yang dibawa oleh golongan manusia yang jenis nammam (pembawa mulut) kerana membawa mulut itu adalah orang fasik yang melakukan maksiat. Maka jangan benarkan diri kita mempercayai orang seperti itu. Allah SWT sendiri menyuruh supaya kita berhati-hati dengan berita yang dibawa oleh orang fasik. Firman-Nya yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut.” (Surah al-Hujurat, 49: 6)
Kedua, berusaha mencegah, melarang dan menasihatkan pelaku namimah. Dalam pada masa yang sama kita jelaskan kepadanya keburukan dan kesan dosa namimah ini pada pertimbangan neraca Islam.
Ketiga, kita hendaklah melahirkan rasa marah kepadanya kerana Allah. Ini kerana orang yang melakukan namimah ini adalah orang yang dimurkai oleh Allah. Maka kita sebagai hamba Allah perlu melahirkan kemarahan juga kepada orang yang dimurkai oleh Allah tetapi dengan kadarnya. Sekurang-kurangnya kita tidak terikut dengan segala perbuatan buruknya.
Keempat, kita perlu bersangka baik dengan individu atau pihak yang diadu-dombakan sebelum kita memastikan perkara itu. Mengadu-domba di dalam konteks masyarakat kita sekarang ini kesan buruknya sangat serius. Kadang-kadang fakta itu tidak tepat dan bersifat tidak pasti. Boleh jadi fakta itu sejenis penipuan dan sesuatu yang diada-adakan serta yang boleh melaga-lagakan para ulama, pemimpin dan masyarakat seluruhnya.
Kelima, jangan membiarkan diri kita terikut-ikut dengan gaya pengadu-domba itu sehinggakan kita juga terjebak melakukan perkara yang sama. Mungkin pada asalnya kita hendak memperbetulkan keadaan tetapi tiba-tiba kita tersalah kata, jadi kita juga terperangkap masuk ke dalam kandang yang sama iaitu kandang namimah.
Jadi kita perlu muhasabah diri kita agar lebih berhati-hati supaya kita tidak mencetuskan perbalahan ataupun permusuhan di kalangan masyarakat disebabkan an-namimah yang merupakan salah satu daripada maksiat lidah.

Syirik

Pagi ni tergerak hati nak melewati blog2 berkenaan islamic ni. Niat di hati nak tambah ilmu.. Alhamdullilah dpt jugak sikit ilmu dan hajat di hati nak share ngan kawan@.. semoga sama2 kita ambik ikhtibar..

Soalan: Bagaimana jika seseorang itu tidak kenal syirik dan mati dalam keadaan syirik? Adakah dia diampuni?

Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri

Sekretariat Ilmuan Malaysia Madinah

Jawapan:

Kalau dia itu memang orang yang hidup di belantara contohnya dan tidak sampai dakwah kepadanya, dan tugas umat Islam sepatutnya perlu pergi berdakwah kepada mereka. Pertama, umat Islam perlu muhasabah semula kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dakwah.
Kedua, kalau betul wujudnya orang yang seperti ini, yang tidak mengenal syirik kerana tidak sampai Al Quran kepadanya, kalau Quran sampai pun dia tidak faham kerana tiada terjemahan dalam bahasa yang dia fahami, maka mereka ini musyrik semasa hayat di dunia, tetapi ketika di akhirat nanti mereka dihukum dengan hukum ahlil fatrah.
Apakah hukum ahlil fatrah? Ahlil fatrah adalah musyrik, mereka bukan mukmin. Sebab itu Nabi dilarang untuk mendoakan kedua ibu bapanya. Apabila Nabi ke kubur ibunya, baginda dilarang untuk meminta ampun untuk ibunya kerana ibunya mati dalam keadaan syirik. Tetapi apa hukum ibu Nabi ketika di akhirat, wallahu Ta’ala a’lam. Kita tidak tahu adakah ibunya di syurga atau neraka.
Tetapi ayah Nabi ada nas yang mengatakan ayah Nabi masuk neraka. Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.
Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;
إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ
Maksudnya;  “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka.”
Jadi orang yang begini (ahlil fatrah) kita tidak boleh secara jazam (pasti) menyatakan mereka ahli syurga atau ahli neraka. Sebab ahlil fatrah akan diuji oleh Allah SWT di mana mereka akan disuruh masuk ke neraka, siapa yang masuk ke neraka, sebelum sempat dia sampai ke neraka Allah akan menariknya masuk ke syurga, manakala siapa yang ingkar akan dilontarkan masuk ke neraka.
Adapun orang yang hidup di negeri Islam yang tersebarnya dakwah tauhid, ada kelas pengajian agama, ada kitab-kitab yang boleh dia baca tetapi dia sendiri yang tidak ambil peduli maka orang seperti ini adalah musyrik; mati dalam keadaan musyrik dunia dan akhirat kerana dia tidak belajar. Wajib ke atasnya mencari ilmu.
Jadi ia bergantung kepada keadaan, jika dia benar-benar hidup dalam suasana masyarakat yang tidak sampai dakwah maka dia ahlil fatrah, tetapi jika dia hidup dalam negara Islam yang sampai dakwah, orang yang melakukan syirik akbar (syirik besar) seperti menyembelih binatang dengan nama selain Allah SWT, dan lain-lain perbuatan syirik yang jelas di dalam Al Quran maka tiada alasan baginya, dia memang mati sebagai musyrikin. Ini adalah kesalahan dia sendiri kerana tidak mempelajari agama.

Wallahu Ta’ala A’lam.

Thursday, September 13, 2012

Keliru dengan Maksiat

Source: Ilmuan Malaysai 
               Bersama Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman

                                                                      Soalan 1 : 
SAYA keliru mengenai maksiat. Setahu saya, maksiat bermaksud duduk berdua-duaan di tempat gelap dan melakukan hubungan seks di suatu tempat. Kawan saya menghadiri kelas motivasi agama. Ustaznya berkata, maksiat boleh berlaku di mana sahaja. Contohnya, mengunjungi festival seperti Jom Heboh kerana ia membuang masa dan melihat hiburan artis.
Benarkah kalau sembahyang jamak seperti zuhur dan asar juga maksiat sebab mahu menghadiri majlis persandingan pengantin. Jadi apakah maksud maksiat dalam Islam serta adakah terdapat beberapa pecahan maksiat?
* NorZahira Zainol


JAWAPAN: Allah mengarahkan kita melakukan kebaikan atau ketaatan dan menghindari keburukan atau maksiat. Menurut kaca mata Islam, kebaikan adalah apa sahaja yang diredai Allah manakala keburukan pula apa sahaja yang dimurkai-Nya. Apa yang lebih penting dalam melakukan kebaikan dan menghindari keburukan adalah perasaan kita. Orang yang melakukan kebaikan kerana telah menjadi rutin tidak sama dengan orang yang melakukannya dengan penuh pengagungan terhadap Allah. Begitu juga orang yang menghindari maksiat kerana kebiasaan tidak sama dengan orang yang meninggalkannya kerana takutkan Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan Taqwa. Perhatikan perkara ini di dalam firman Allah dalam Surah al-Haj ayat 37 yang bermaksud:
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya.”
Kembali kepada soalan, memang maksiat mempunyai pelbagai kategori dalam Islam. Pertama, maksiat yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam, seperti syirik dan kufur. Antara contohnya, sujud kepada patung, mencaci Allah dan Rasulullah SAW serta menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal. Kedua, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa besar. Contohnya berzina, mengumpat dan mengadu domba. Ketiga, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa. Contohnya meminang wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, melihat dan mendengar perkara yang diharamkan.
Memang benar maksiat boleh terjadi di mana sahaja. Bahkan maksiat boleh berlaku daripada orang yang nampaknya seperti berbuat kebaikan. Di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 2382), Rasulullah menjelaskan tiga jenis manusia yang dihumban ke neraka sebelum orang lain.
Pertama, orang yang membaca al-Quran untuk digelar qari. Kedua, orang yang sering menderma untuk digelar pemurah dan dermawan. Manakala ketiga, orang yang mati di medan perang semata-mata untuk digelar berani.
Perhatikan bagaimana hadis ini mengajar kita agar sentiasa meneliti dua perkara iaitu kesahihan amalan di samping keikhlasan niat. Kedua-dua perkara ini perlu wujud seiringan dan tidak boleh diasingkan sama sekali.
Setelah memahami kaedah berkaitan ketaatan dan maksiat, dapatlah kita fahami bahawa apa sahaja festival yang membuang masa dan mengandungi hiburan yang tidak menepati norma Islam termasuk dalam maksiat. Lebih khusus lagi, ia tergolong dalam dosa kecil. Ini tidak bermaksud individu muslim itu tidak boleh berhibur. Boleh, asal tidak berbaur maksiat.
Adapun solat jamak kerana mahu menghadiri majlis persandingan pengantin, perkara ini perlu diperincikan. Pertama, persandingan memang tiada dalam Islam. Bahkan ada perbincangan mengatakan bersanding itu asalnya daripada agama Hindu. Ditambah dengan unsur maksiat lain seperti make up berlebihan di khalayak ramai dan percampuran lelaki dan perempuan. Justeru, dinasihatkan agar perbuatan bersanding ditinggalkan. Yakinlah bahawa jika perkahwinan tiada persandingan, ia tidak cacat sedikit pun insya -Allah. Besar kemungkinan ia lebih diredai Allah.
Sudut kedua pula berkenaan hukum menjamak solat. Berdasarkan sebuah hadis sahih riwayat al-Imam Muslim (no. 705), Rasulullah telah menjamakkan solat zuhur dan asar, solat maghrib dan isyak di Madinah bukan dalam keadaan ketakutan atau hujan. Apabila Ibnu Abbas ditanya mengapa Rasulullah berbuat demikian, beliau menjawab “Baginda ingin memberi kemudahan kepada umatnya.”
Berdasarkan hadis ini, al-Imam al-Nawawi rahimahullah menjelaskan dibenarkan jamak solat jika ada keperluan. Jika kita lihat kepada kehidupan sekarang, keperluan mencakupi pelbagai perkara. Antaranya mesyuarat, majlis perkahwinan, pembentangan dan seumpamanya.

Dia yang Satu

EPILOG

" Aleesya, Tiada harta yang dapat ayah berikan kepada kamu. Ayah hanya mampu berikan sedikit ilmu dan pegangan hidup untuk kamu teruskan hidup. Sekarang, kamu akan pergi jauh dari mata ayah dan ibu, hanya doa yang mampu kami beri. Jaga tingkah laku dan adat kita sebagai muslimah sejati. Jangan lupa solat." Kata- kata ayah masih lagi ku ingat hingga hari ini. Kini sudah 4 tahun berlalu. Aku mampu berdiri megah di atas kaki sendiri. Tiada lagi kata-kata hinaan dan cacian terhadap aku hanya kerna aku seorang anak penoreh getah. Aku kini bergelar Dr Nur Aleesya.

  Ibu, nantikan kepulangan Angah. Angah akan pulang untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. Ibu tak payah susah hati lagi. Ibu tak payah lagi jual nasi lemak. Angah kini mampu untuk tanggung kita sekeluarga. Tak sabar rasanya. Selamat Tinggal Bumi Ireland. Terima kasih kerna memberi ku peluang menimba ilmu di sini. Akan ku pergunakan untuk masa depan ku.

  Bumi Ireland ku tinggal kan bersama-sama kenangan manis dan pahit yang tersemat di jiwaku. Asyraf Iman. Nama yang pernah meruntuh jiwaku. Nama yang sering menemaniku di kala jaga dan lena. Dia lah Teman, kawan, sahabat dan segala-galanya. Dia terlalu baik dan kami pernah merancang untuk bertunang setelah bergelar mengenggam segulung ijazah. Tetapi Takdir menjadi penghalang. Allah lebih sayangkan dia. Dia pergi meninggalkan ku untuk selama-lamanya. Adli terlibat dalam kemalangan semasa pulang ke Malaysia semasa cuti semester. sayu hati ku bila teringatkan arwah. Namun aku terima dengan seadanya. Mungkin Asyraf hadir sebagai pemberi semangat. Dan Allah ambil dia setelah aku mampu berdiri sendiri. Semoga Roh Arwah di cucuri rahmat. Amin..

 Jam menunjukkan pukul 2.30 petang.. Aku masih menunggu Sofea Aisha. Rakan baik ku dari sekolah. Kami belajar di sekolah yang sama. Sofea melanjutkan pelajaran di UTM Skudai dan kini mengajar di UiTM Shah Alam. Sofea sebenarnya pelajar cemerlang waktu STPM dulu. Tetapi tuntutan keluarga menjadi penghalang Sofea menyambung pelajaran di luar negara. Sofea adalah anak sulong dari 5 adik beradik. Ibunye telah lama meninggal sewaktu beliau berusia 15 tahun. bagiku sama sahaja belajar luar atau dalam negara. Lihat sekarang beliau telah bergelar seorang Pensyarah. Aku sedikit bernasib baik kerna dapat tajaan MARA. Kalau tak, alamatmye tak dapat la aku further study.

 " Assalamualaikum". terkejut ku dgn sapaan suara garau itu.. Siapakah empunya suara itu..Aku toleh je belakang rasa macam nak menjerit aje.."Che din.. Ya allah.. udah mantop ya kamu.. Dulu.. jambu-jambu gitu" Nur Izuddin. Rakan baik kami ketika di sekolah dulu. Dulu dia selalu di buli sebab sifat-sifat kewanitaan dia ni. Kami lah yang menjadi bodyguard dia.. kelakar sungguh waktu tu." Ko ni.. nak kata baru balik dari Indon tak jugak.. Sofea tunggu kite kat KL Sentral. Dia ade hal.. Tak dapat nak amik ko kat sini. Lepas ni kita trus balik kampung. sat ni meh aku bawa hang naik KLIA Express. Aku belanja tambang. tapi ko belanja aku makan. Lapo la" " aku ok aja, tapi jangan paw aku yg mahal-mahal. al maklum la. adik baru hbs belajar. Bagus juga tu. aku pun lapo ni. Lagipun banyak benda yang aku nak tanya ni. terutam pasal persenoliti ko ni, hehehehe" Che din berlalu macam tu aje.. Tak de respon lak Marah ke dia.. Che Din.. Marah.. mana pernah dia marah kat aku. mana berani beb..

Wednesday, September 5, 2012

SCABIES

Info for All Mommies. Please take note of this..SCABIES
 
Telur hama menetas dalam tempoh tiga hari, boleh berjangkit menerui sentuhan, berkongsi pakaian dan tilam

KUDIS buta pasti membuatkan si kecil tidak senang duduk kerana asyik menggaru tanpa henti sekali gus menyebabkan luka semakin teruk. Kanak-kanak memang senang terdedah kepada penyakit itu, tambahan pula kudis buta mudah berjangkit. Fenomena kurang menyenangkan itu sudah tentu merisaukan ibu bapa terutama yang menghantar anak ke pusat asuhan atau tadika.

Perunding Pediatrik, Dr S Selvakumar, berkata kudis buta atau scabies terjadi disebabkan serangan hama dikenali sebagai Sarcoptes Scabies yang mudah berjangkit dari individu ke individu lain terutama dalam komuniti padat seperti di pusat asuhan, asrama atau rumah penjagaan orang tua. Ia boleh menyerang sesiapa saja, namun anak kecil lebih terdedah kerana mereka belum pandai menguruskan kebersihan diri.

Katanya, ‘perpindahan’ hama boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan pergerakan hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya ‘berpasangan’ untuk membiakkan lagi baka.

“Habitat paling disukai hama adalah di bawah kulit. Ia akan tertanam dan membiak di situ. Kebiasaannya hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian turut membawa risiko besar untuk dijangkiti.

“Pada peringkat awal, pesakit akan mengalami masalah gatal berpanjangan berikutan tindak balas badan terhadap hama dan telur. Tanda ketara ialah bengkak seperti gelembung halus pada permukaan kulit lembap sama ada di tapak tangan dan kaki, celah jari, ketiak, punggung serta kemaluan.

“Walaupun kudis buta bukan tergolong mengikut senarai sakit kronik, jika tidak dirawat dengan segera ia boleh menjangkiti seluruh ahli keluarga dan orang terdekat dengan pesakit. Malah kehadiran kudis buta boleh mengakibatkan tekanan emosi dan rasa rendah diri kepada individu terbabit terutama kanak-kanak,” katanya.

Proses pembiakan generasi hama itu sentiasa berulang dan ia terus merebak ke kawasan dengan pantas apabila pesakit menggaru bahagian berkenaan. Jika mampu bertahan, individu dinasihatkan jangan menggaru kerana ia menyukarkan diagnosis doktor serta menyebabkan jangkitan kuman.

Menyentuh kesan emosi kepada si kecil, beliau berkata, mereka mungkin dipulaukan rakan sebaya jika didapati mempunyai masalah kudis buta dan sekali gus boleh memberikan tekanan, menimbulkan rasa malu, rendah diri dan menghadapi kesukaran bergaul.

“Dalam usia ini kanak-kanak sukar memahami sesuatu keadaan. Justeru, perasaan malu tidak mampu dielakkan jika diejek rakan hanya disebabkan kudis buta. Sokongan ibu bapa amat diperlukan, termasuk segera mendapatkan rawatan selain menitik beratkan penjagaan kebersihan anak mereka.

“Kudis buta boleh merebak dengan pantas. Kesannya juga boleh dilihat hanya dalam beberapa hari bermula bengkak, tanda merekah, menggelupas dan luka akibat garu. Telur hama pula menetas dalam masa tiga atau empat hari seterusnya membesar dalam tempoh dua minggu. Ia akan terus membiak di bawah kulit pesakit,” katanya.

Walaupun hanya sebesar 300 mikron, hama scabies mampu membiak dengan banyak. Antara kesan yang mungkin ditinggalkan selepas kudis buta dapat disembuhkan adalah tanda kehitaman yang tampak mencacatkan kulit penderita.

Selain kudis buta, penyakit kulit yang biasa menyerang kanak-kanak ialah Impetigo atau kudis yang disebabkan kuman Staphylococcus atau Streptococcus. Ia mudah berjangkit melalui sentuhan berterusan dan kerap terjadi di sekitar mulut dan hidung selain celah pelipat seperti sekitar lutut dan siku.

Gelembung merah kecil terjadi seterusnya pecah dan kelihatan seperti kulit melecur. Ia mengeluarkan air dan membentuk kerak kulit berwarna perang kekuningan. Kesannya pesakit yang dijangkiti impetigo mungkin mengalami demam, lemah anggota badan dan kadangkala cirit serta mendapat jangkitan kelenjar.

Jangkitan ini dapat dirawat dengan mencuci bahagian berkudis dan menyapu krim antibiotik. Selalunya ia mengambil masa antara lima hingga tujuh hari sebelum kudis kering dan sembuh. Selain berisiko menghadapi masalah buah pinggang, kesan impetigo yang lain termasuk jangkitan sendi dan tulang.

Rawatan

Bagi kudis buta, penggunaan sapuan ubat racun hama jenis losyen atau krim crotamiton (Eurax) dapat mengurangkan komplikasi. Ia dilumur pada seluruh badan dari tengkuk ke bawah sebelum waktu tidur. Seelok-eloknya pesakit perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat losyen. Ubat tahan gatal seperti piriton pula mampu mengurangkan gatal waktu malam.

Tanda

Gatal berpanjangan.

Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit.

Kehadiran gelembung kecil berair pada kulit.

Thursday, August 2, 2012

ABC Special

Actually Picture ni dah lama amik.. tapi x sempat nak upload je..Hari tu lepas turun dari Bukit Fraser, Kitorng singgah kat Restoran Ikan bakar Kat tgh Pekan Rawang..My hubby order la ABC Special.. Tapi telah menarik minat my lil sara. Dia lak yang suka sakan nengok ABC tu. Tinggi Menggunung. Taste OK. Byk bahan2 dia. First time jumpa ABC ade labu.. hehehe...Tapi dia nyer mangkuk alahai.... memang kena habiskan cepat.. klu tak ABC Special tukar nama ABC Air Terjun... Makanan dia not bad la..Kenyang gak la ktrg hr tu..

Wednesday, June 20, 2012

Abang Ajar Adik naik Moto

Umur Qaisarah skrg dah 1 tahun 6 bulan.. Merengek nye menjadi2. Kekadang tu merajuk tarik muka 14.. Masa balik kg hari sabtu lepas, Qaisarah merengek lagi.. Punca sbb panas.. huhu. mmg la cuaca tgh panas skrg ni. Dia lak x leh panas, sbb kalau panas naik la bintik kat muka dia.. So.. ajak la budak dua org tu lepak kat luar.. Ternampak la qaisarah dek moto abg nye.. Ye la. tiap2 hari naik moto. moto besau lak tu.. ni nmpk moto kecik apa lagi nak naik la.. Kebetulan lak abg tgh main ngan moto dia.. Berebut gak la. Last2 abg mengalah." Ad..Ad.. meh Naik".. Abg pun bg la adiknye naik. apa lagi seronok la si Qaisarah.. tambahan lak moto tu ade lagu.. satu kampung leh dgr lagu tu.. Dlm hati Mama.. Seronok betul tgk dorg. Abg mengalah pada adik. Siap pegang sebelah takut adik jatuh walhal moto tu ade tiga tayar.. hehehehe.. Thank You ALLAH for the precious that you lend to me. Akan daku jaga sebaik mungkin AMANAT mu ini ya ALLAH.. Berila daku kekuatan untuk mendidik amanat mu ni menjadi HAMBAmu yang Soleh..Amin..

Thursday, May 31, 2012

Kids Eat FREE




Last week, pergi la jenjalan ke AEON Cheras selatan. Smpi tghr lak tu.. Perut dah menyanyi.. Qaisarah pun dah merengek... Jom la Papa kite survey ape ade kat sini.. susunan dia sama mcm kat aeon station 18.. Yg best ade satu side just for makan makan je... tetiba terstop kat satu Promotion depan Kenny Rogers. Kids Eat Free.. Menarik gak.. Cuba, try and test power la.. Biasa for mama and Papa 1/4 meal la kan...


 
For Qaisarah Mama Choose Rownie Choice...Berselera gak dia makan... seronok mama tengok


Dan Side Order dia Ice cream... And also Muffin dia tip top.. Di minum pula bersama Tropical...Wahhhh... Menyelerakan


Selepas mengisi kan perut.. apa lagi shopping time la.. hehehehe.. papa tak terkata... ikut suka hati mama la...

Thursday, May 10, 2012

Rumah Qaisarah Di Serang

Last Monday.. Rumah Sara Di serang Oleh.... Angah.. Kebetulan Abang Danial Ade . Di serbu ramai2.. Apa lagi berkerut la muka Sara.. hehehehe.. Dalam hati sara. "roboh la umah ara ni"..Masa Abg Sampai dia tgk aje umah tu.. nak masuk pun takut. bila tengok AD (panggilan utk Sara) baring dlm tu baru la dia berani masuk..Bila Angah di apun landing dlm tu..dia pun ikut serbu la...

Pagi tu bwk Danial Jenjalan.. Heboh pitin pitin.. Panggilan dia untuk keretapi + train.. jadilah pitin..Bwk la dia nail putra dr plaza pantai pegi masjid jamek. tukar naik lrt ke titiwangsa. pas tu naik monorail ke medan tunku. itu pun dia tak puas naik pitin.. nanti mama bwk naik pitin dr ipoh ke kl ye..danial paling suka pitin..wlupun hari hari keretapi lalu blkg umah, dia still berlari tengok penuh minat...

Lepas lunch tadi kat maju junction.. Aku bwk la danial, mak dan abah pegi istana negara.. danial punya la suka tengok air pancut kat entrance istana.. berlari sakan dia.. bila aku ajak balik dia leh cakap.. " Bye ngai (sungai). Semua yg melibat air bertakung dia panggil ngai...hehehehe..Setelah penat berjalan2 Danial leh tertido masa tengah tea break ngan ucu dia.. Penat anak mama ye... balik umah trus landing kat dalam umah AD.. Apa lgi AD pun tarik muka la.. hehehe.. Dia pun sama2 landing kat dalam umah tu...

Friday, May 4, 2012

Mak....

Pada usia 6 tahun   " Mak, saya sayang mak"
Pada usia 10 tahun " Mak, apa-apa la"
Pada usia 16 tahun " Mak saya Merimaskan"
Pada usia 18 tahun " Saya nak tinggalkan rumah ini"
Pada usia 25 tahun " Mak, memang betul cakap mak selama ini"
Pada usia 30 tahun " Mak, saya nak pergi rumah Mak"
Pada usia 50 tahun " saya tak nak kehilangan Mak"
Pada usia 70 tahun " saya akan lakukan apa saja untuk mak berada di sisi saya"

Anda hanya mempunyai sorang MAK... Hargai Lah Mak Anda...

Take a short break and think about it...semasa kecil acapkali kite sebut.. sayang mak... bila meningkat usia dan blh berdiri di atas kaki sendiri.. apa shaja yg mak cakap kite rasa mak nak masuk campur urusan kite aje especially time bercinta.. nak nak lagi klu pasangan kite tak di restui.. bila dah kahwin dan menjadi ibu.. baru la kite tahu apa yang mak kite ckp selama ni ade betulnye...
At my age now... mmg terasa kalau boleh nak aje balik ipoh.. duk ngan mak.. tapi nak wat mcmn kan... rezeki yang ku damba masih di kl...Aku pernah buat mak menangis sekali.. dan aku berjanji pada diri ku.. itulah kali terakhir ibu ku menangis kerana perbuatan ku.. dan akan aku pastikan ibu tak menangis lagi...kerna kejahilan ku.. Dia cuma akan menangis atas kegembiraan ku...

Selamat Hari Ibu...

Rumah baru Qaisarah

Last week jalan2 cuci mata ket Tesco Scott Garden. Kat entrance tesco tu dorg ade letak katalog. Tengok2 gak Barang Apa yg tengan promosi kan. First thing cari barang baby. tertengok lak rumah ni.. biasa dorg jual dlm RM 40+++. tapi promosi dorg bg RM29.90.. Hubby lak dah lama usha rumah ni. asyik promosi je benda ni yg hbs dulu.. cari punya cari tak gak jumpa2. dlm hati sah lah dah hbs. Hampir gak putus asa tu.. ajak hubby ke tpt bicycle nak usha klu ade murah nak beli for my hero.. tgh belek apa yg patut mata ni terpandang kat satu kotak. nmpk mcm umah. mmg umah pun.. tunjuk kat hubby.. punyalah sakan.. akhirnye.. tertunai gak hajat dia nak beli rumah utk sara...balik tu first thing hubby buat pasangkan umah tu.. letak kat sudut tpt landing sara ngan mainan dia..letak tilam.. masukkan bear2 dia..nmpk mcm best je..Sara apa lagi.. tau2 je dah masuk umah dia.. siap baring lagi.. sekarang ni bila smpi umah je, first thing dia buat check umah dia dulu.. pernah sekali dia merajuk ngan mama dia.. punya la cari mana dia.. rupenya ade kat dlm umah dia...pas ni klu dia merajuk tempat pertama kena cari mesti kat umah dia..