#JantungHatiMamaLieya

#JantungHatiMamaLieya

Monday, August 8, 2011

Ibadat puasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:
  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Thursday, August 4, 2011

Demam



Suhu badan bayi saya telah meningkat ke paras yang amat tinggi. Adakah saya perlu risau?

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 97.7 darjah F / 36.5 darjah C sehingga 100 darjah F / 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 100 darjah F / 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 101 darjah F / 38.2 darjah C pada waktu petang.

Kenapa kita selalu demam?

Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel “pembersih” dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.

Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.

Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.

Apa maksud kekejangan febril?

Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya,) Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.

Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.

Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:

• Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.

• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).

• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.

• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.

• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

Apa yang perlu saya elakkan?

• Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.

• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.

• Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.

Muntah :Apa yg normal dan apa yg tidak normal

Muntah: apa yang normal dan apa yang tidak normal

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Adakah ia normal jika bayi saya muntah?

Ia adalah biasa jika bayi anda muntah dengan kerap pada minggu-minggu awal apabila bayi anda sedang menyesuaikan diri kepada penyusuan dan tubuh badan mereka sedang membesar. Anda boleh tahu perbezaan sama ada bayi anda muntah atau hanya jeluak (mengeluarkan semula susu dengan jumlah yang sedikit) sebab apabila muntah, ia akan keluar dalam jumlah yang banyak. Ini juga akan menakutkan bayi anda, jadi mungkin dia akan menangis.

Semua perkara dari mabuk kereta hingga ketakcernaan boleh menyebabkan bayi anda muntah – walaupun jika hanya menangis atau batuk yang berterusan, ia akan merangsang refleks ini. Jadi bayi anda akan muntah dalam beberapa tahun pertamanya. Muntah selalunya akan berkurangan dalam masa enam hingga 24 jam selepas ia bermula, tanpa sebarang rawatan tertentu selain dari perubahan dalam diet. Sekiranya bayi anda sihat dan berat badannya bertambah, anda tidak perlu risau.

Bilakah saya perlu risau?

Semasa beberapa bulan pertama bayi anda, muntah adalah disebabkan masalah penyusuan seperti terlebih menyusu. Selepas beberapa minggu pertama, ia mungkin disebabkan oleh virus dalam perut walaupun muntah adalah tanda jangkitan dalam sistem respiratori, saluran urinari atau telinga. Apabila anak anda semakin membesar, ia mungkin adalah simptom penyakit yang lebih serius. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda jika tanda-tanda berikut ada pada bayi anda:

• sakit abdomen yang teruk;

• abdomen yang bengkak;

• lesu atau meragam yang teruk;

• kekejangan;

• muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam;

• tanda-tanda penyahhidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata, kemurungan "titik lembut" di kepala bayi anda dan kurang kencing (menggunakan kurang daripada enam lampin sehari dari kencing);

• darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah;

Sedikit darah di dalam muntah selalunya tidak perlu dirisaukan. Ini boleh berlaku apabila kekuatan memuntahkan menyebabkan koyakan kecil dalam salur darah yang melapisi esofagus. Muntah bayi anda juga berwarna sedikit merah sebab dia telah menelan darah daripada luka di mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya. Tetapi hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak. Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi walaupun ia bukanlah satu tugas yang menyenangkan, anda perlu mengambil sedikit untuk simpanan. Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera.

• dan, muntah berterusan yang teruk pada bayi baru lahir dalam masa setengah jam selepas menyusu.

Ini mungkin disebabkan oleh stenosis pilorus, satu penyebab muntah yang jarang berlaku dan ini bermula apabila bayi anda berusia beberapa minggu tetapi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sebelum dia mencecah usia empat bulan. Bayi akan muntah apabila otot yang mengawal injap dari perut ke dalam usus telah menebal sehingga ia tidak akan buka sepenuhnya untuk kemasukan makanan. Masalah ini mudah diatasi dengan pembedahan minor tetapi ia memerlukan rawatan perubatan segera.

Jangan terlalu risau mengenai perkara ini. Lambat-laun, setiap anak akan jatuh sakit dan selalunya ia tidak perlu dirisaukan kecuali jika dia muntah di atas kemeja baru anda. Seperti isu keibubapaan yang lain, anda akan biasa menghadapi semua ini.

Bagaimanakah saya perlu hadapi muntah?

Apabila bayi anda muntah, dia akan kehilangan banyak cecair. Penggantian cecair ini adalah penting supaya dia tidak akan ternyahhidrat. Berikan bayi anda larutan elektrolit (seperti Larutan Penghidratan Semula Oral tetapi tanya doktor anda untuk sebarang cadangan lain) atau cecair jernih atau jus epal yang telah dicairkan – semua ini mudah untuk diminum. Pakar-pakar telah mencadangkan pelan berikut:

• Apabila bayi anda telah berhenti muntah, berikan bayi anda air atau larutan elektrolit dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah jam hingga satu jam.

• Jika bayi anda boleh meminumnya, berikan dia sebanyak 2 auns / 50ml larutan elektrolit berselang-seli dengan 2 auns / 50ml cecair jernih setiap setengah jam.

• Selepas dia berjaya minum dos berikut tanpa muntah, tambah susu atau susu formula yang kurang pekat dan tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4 auns / 80-100ml setiap tiga atau empat jam.

Jika bayi anda tidak muntah dalam masa 12 hingga 24 jam, anda boleh berikan dia diet biasanya semula tetapi berikan dia cecair yang banyak. Mulakan dengan makanan yang mudah dicerna seperti bijiran atau yogurt. Anda juga boleh cuba berikan cecair jernih beku seperti lolipop ais jika anak anda berusia lebih daripada 12 bulan.

Tidur juga boleh menenangkan bayi anda; kandungan perut akan dikosongkan ke dalam usus semasa tidur, mengurangkan kehendaknya untuk muntah. Jangan berikan anak anda sebarang ubatan anti-loya (sama ada dipreskripsikan atau dibeli di kaunter) kecuali ahli pediatrik anda yang mempresripsikannya.

Thursday, July 28, 2011

HARIMAU MALAYA MENGAUM

erm.....mlm ni pastinya ditunggu oleh semua rakyat malaysia yg cintakan bolasepak.aku dulu pun takde la follow sangat pasal team malaysia sebab dulu yg aku perasan bila org puji sikit je terus dia main tak betul asyik kalah...tp bila org tak peduli..time tu la dia jadi kuat mcm team zaman mokhtar dahari dulu.....cuma yg aku perasan team harimau malaya mula bangkit sejak sukan asia guanzhou....first time kita layak melepasi group stage walaupun masa tu tidak diberi harapan langsung.sejak tu aku tgk team bertambah konsisten dan sokongan dr warga malaysia semakin tinggi.ialah org kita ni semua dh byk disogok dgn EPL.mcm hubby aku...dia boleh hafal semua nama player MAN UTD tp player malaysia??adalah dua tiga org yg dia kenal namanya.
pada aku sokongan pada team harimau malaya akan terus konsisten sekiranya pasukan menunjukkan semangat juang yg tinggi pd setiap game.kalah tak mengapa asalkan kalah melawan atau kalah bermaruah!!!bukan jd pasukan belasahan
Pada skuad harimau malaya mlm ni.......pastikan harimau mengaum!!!lemahkan sang singa dr seberang tambak!!jinakkan sang singa yg agak angkuh...buktikan anak malaysia tak mudah mengaku kalah....ini tanah tumpah darahku....ini tempat sang rimau bermain...jgn diusik jgn disentuh.HIDUP HARIMAU MALAYA!!!

Wednesday, July 27, 2011

RAMADHAN MENJELANG TIBA

Bila aku terjaga dari tido pg nie.....aku tgk jam di dinding baru pukul 5.15 pg.....subuh pun belum masuk lagi....ermmm...tu yg buat aku rasa nak tido balik...hehe..masa nak terlelap tu aku teringat....dh masuk 27 julai ni......YA ALLAH!!! tak sampai lagi seminggu dh nak berpuasa!!cepatnya masa berlalu....samapai aku sendiri tak sedar yg bulan ramadhan dah nak sampai dah.....erm...nasib baik puasa tahun lepas yg TERLEPAS dh diganti.....hehe..aku berdoa pada yg ESA agar di bulan yg mulia ini aku akan dapat banyak melakukan amal ibadat...dapat buat terawih dgn sempurna dan yg penting agar diri ini terus dirahmati dan diberkati sekeluarga..kepada semua rakan2 , SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK dan diharapkan ramadhan ini akan memberi sinar dan kebahgiaan dalam hidup kita semua...amin...

Wednesday, May 25, 2011

Teknik Tepuk Bantu Masalah Bayi Berkahak

Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi, sara merengek2. Mungkin nak susu kut. Aku pun kejut la papanye..mintak tlg buat susu (alwizz cuz mamanye malas bgn dr katil). Tetiba Sara batuk..Terkejut aku..Ya Allah..Sara jgnlah sakit..tetiba aku dgr dia mcm selsema or kahak aje. Ya Allah..Sedih aku tgknye.. Lps Bagi susu aku pun tepuk2 diabaru dia tidur. Itupun dlm kul 4.30.. Then Aku pun terlelap...Dalam kul 6 tu aku tgk sara sedap je tido. Alhamdullilah tak dgr lak dia batuk2 ke, selsema ke.. Girang hati tak terkira.. Tapi dlm keta on the way ku uamh baby sitter, aku rasa badan dia panas sedikit..hmm..takkan la demam.. tapi dia still happy go lucky..berat lak hati aku nak tinggal kat baby sitter. Masuk office trus cari blog pasal batuk,selsema dan demam pada baby. dan aku terjumpa satu info yang menarik dan ingin share bersama rakan..

Teknik tepuk bantu masalah bayi berkahak



SITI Farah Aini Jamaludin menunjukkan alat bantuan perubatan yang digunakan dalam kes mengeluarkan kahak daripada kerongkong bayi.


BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Pengalaman
Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.
"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.
Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.
"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.
Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.
"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.
"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Thanks for the info..


Thursday, May 19, 2011

AKU TIDAK SOLAT..TAPI AKU TETAP BERJAYA...Itulah ISTIDRAJ...Apakah ISTIDRAJ???

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat b...aik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.   Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?   Maka saya hendak bertanya kepada anda.   Adakah anda tahu apa itu istidraj?   Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?   Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.   Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.   Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.   Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.   Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,   “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”   Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.   Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.   Nah… Apakah itu yang kita mahu?   Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?   Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”   Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.   Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.   Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.   Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.   Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.   “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”   ALLAH menjawab,   “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”   Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,   “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”   Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.   Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.   Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?   Saya yakin tidak..   Anda tenang sekarang?   Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.   Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.   Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula..

Friday, May 6, 2011

Jus Untuk Pesakit Gout

Pilihan Jus untuk Pesakit Gout
Source : Pak Ngah - Farit Ismeth Amir

 
JUS Tembikai

Bahan
250 gram buah tembikai


Cara Penyediaan
Buah tembikai dipotong dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar. Minum sehari sekali, 2 – 3 jam selepas makan petang atau malam.

JUS Oren

Bahan
100 gram buah oren


Cara Penyediaan
Potong buah oren, buang bijinya dan kemudian kisar sehingga hancur. Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau malam.

JUS Mangga

Bahan-Bahan
50 gram buah mangga dan 50 mililiter air.


Cara Penyediaan
Kupas mangga, buang bijinya dan potong dadu. Kemudian kisar bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit. Minum sekali sehari di waktu pagi atau tengahari (2 – 3 jam selepas makan).

JUS Pisang Embun


Bahan
125 – 130 gram pisang embun


Cara Penyediaan
Buang kulit pisang embun dan kisar isinya. Minum sekali sehari, 2 jam selepas makan malam.




JUS Epal

Bahan-Bahan
120 gram epal dan 50 mililiterl air.

Cara Penyediaan
Bersihkan buah epal dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan tambahkan air, sedikit demi sedikit.
Minum sehari sekali selepas makan malam.

JUS Jambu Batu


Bahan-Bahan
100 gram jambu batu dan 50 mililiter air.


Cara Penyediaan
Bersihkan buah jambu batu dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan lembut. Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau tengahari, atau malam.

JUS Betik

Bahan
130 gram buah betik


Cara Penyediaan
Kupas buah betik, buang bijinya, potong dadu dan kisar. Minum sehari sekali, pada waktu siang atau malam (2 – 3 jam selepas makan).



Sunday, April 10, 2011

Selamat Tinggal Jerawat

Petua- petua yang disampai kan turun temurun dari nenek moyang kita boleh dijadikan sebagai panduan. Sepintas lalu saya menurunkan sedikit sebanyak pengetahuan dalam petua- petua turun temurun ini.

Selamat Tinggal Jerawat

1. Rendam Asam gelugur semalaman. Tumbuk pucuk ubi jambu batu, kemudian campurkan dengan air rendaman tadi. Sapukan di muka. Biarkan beberapa minit. Lakukan dua kali seminggu.
2. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu.Campukan dengan bedak sejuk.Tepekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
3. Giling beras denagn daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar duit lima sen dan jemur hingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.
4. Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air, Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan seberapa kerap yang boleh,
5. Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak tangan. K?emudian gosokkan dimuka dan biarkan kering. Basuhkan muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.
6. Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan di muka setiap malam dan setelah kering basuh muka dengan air suam.
7. Belah dua biji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum masuk tidur.  Biarkan sehingga kering.Buangkan biji tomato yang lekat pada muka. Keesokkan harinya basuh muka dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
8. Masak secekak daun inai bersama dua cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan pada jerawat. Amalkan setiap hari hingga jerawat hilang.
9. Picit jerawat dengan tangan bersih. Selepas itu sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu. Insya Allah jerawat tidak akan tumbuh lagi.
10. Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikit air. Sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi. biarkan selam dua - tiga minit. Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.
11. Ambil seberapa banyak kulit timun. Tunbuk hingga lumat. Pupurkan kulit timun yang ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesan jerawat. Biarkan setengah jam sebelum dibersihkan. Amalkan petua ini setiap hari.
12. Tumbuk seulas bawang putih yang telah di buang kulitnye.Titik pada jerawat secara melata pada muka. Titik sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
13. Campukan susu, madu dan putih telur. Kacau sehingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan Selalu.
14. Tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga bersama sedikit beras. Kemudian campurkan denagn bedak sejuk dan sapukan pada muka. Lakukan pada waktu malam setiap hari sehingga kesan jerawat hilang.
15. Campurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaul sehingga sebati dan sapukan pada muka. Biarkan seketika  dan bilas dengan air. Amalkan selalu.

Selamat Mencuba....

Doa Ibu & Ayah Untuk Anak

Anak adalah Amanah Dari ALLAH SWT yang tiada nilainye. Manjadi Tanggungjawab ibu dan bapa untuk mendidik amanah itu menjadi insan yang mulia. Lumrah alam menentukan bahawa setiap anak menpunyai sifat semulajadi nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka. Dimana acapkali menguji kesabaran kita. Jangan mudah melenting kerna sebagai muslim kita  sebenarnya mempunyai jalan penyelesaian. Doa harian yang boleh dijadikan amalan dan senjata orang mukmin dalam mengharungi kemanisan hidup berkeluarga...
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kite untuk mendoakan segala kebaikan untuk anak-anak. Tidak mengatakan sesuatu yang buruk terhadap anak KERNA apa yang diperkatakan oleh ibu adalah DOA untul anaknye.


Doa Untuk Semua
1. Amalkan membaca "YA LATIF" sebnayak 7 kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka hendak atau sedang tidur.
2. Untuk membanntu anak supaya mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir "Ya Latif" sebanyak 129 kali di ikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud "Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambanya; Ia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki. Padahal Dialah Yang Kuat, Yang Gagah" Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan untuk keluarga
3. Ketika memasak, Sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Hai Orang- orang beriman! Sabarlah dan lawanlah Sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan"
4. Perbanyakkan Zikir Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman berulang- ulang. Zikir pelembut hati.
5. Amalkan surah Toha ayat 1-8, Surah Ar- Rahman ayat 1-4, dan surah Insyirah dibaca tak kira waktu.
6. Bagi ibubapa yang becrcita-cita mendapat zuriat yang baik elok diamalkan Surah Al-Imran ayat 38 iaitu doa Nabi Zakaria a.s yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa".
7. Kita digalakkan menyentuh dengan lembut ubub-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Di galakan sewaktu anak baru lelap tidur terutama kepada anak yang mengalami masalah emosi atau tungkah laku.
8. Selepas solat 5 waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ;"Tuhan kami, Anugerahkanlah kami ister-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kamiimam bagi orang yang bertaqwa"
9.Sebaik-baik waktu berdoa ialah tengah malam.







Thursday, March 24, 2011

Fadilat Membaca BISMILLAH

Good for sharing with all my friend.. Untuk renungan kita semua. Info dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA. 

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

1. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

2. Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar.

3. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

4. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

5. Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

6. Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama 7 hari. InsyaAllah dengan izinNya akan majulah perniagaannya.


Wednesday, March 23, 2011

Fadilat Mengamalkan Ayat Suci Al Quran Sebagai Doa

Ayat Suci Al-Quran Adalah Doa yang Paling Mujarab. Antara Doa Yang Mujarab Ialah:

1. Menghentikan Anjing Menyalak - Baca surah Al-Baqarah ayat lapan puluh hingga lapan puluh satu sebanyak sepuluh kali

2. Penyayang - Baca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan di kening orang yang kita sayangi

3. Mengunci rumah dengan ayat - Baca Ayatul Kursi sebanyak 3 kali dan diikuti dengan surah Ar-Radu ayat 11 sebanyak tiga kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum menginggalkan rumah

4. Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan - Hendaklah membaca surah Yassin ayat lapan dan sembilan berulang kali sehingga rasa gementar hilang

5. Ayat penerang hati - Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat tiga puluh lima di Pagi hari dan awal malam

6. Membuatkan anak tidak degil - Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 hingga 6 dan juga surah al haji ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

7. Menghentikan Anak menanggis malam hari - Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali dan tiup di telinga kanan, kemudian membaca surah semula al-fatihah sebanyak 3 kali dan tiup di telinga kiri

8. Mengelakan mengandung anak songsang semasa dalam kandungan - Hendaklah menulis surah al-a'raaf ayat 54 di atas kertas dan direndamkan dalam air dan seterusnya diminum

9. Mengurangkan bisa digigit oleh binatang bisa - Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali ditiup ke ibu jari dan letakan ke langit dan kemudian gosok di tempat yang kena gigit

10. Mengubat orang yang terkena sihir, guna atau gila - Hendaklah menyediakan satu baldi air yang bersih,kemudian membaca surah Yunus ayat 80 puluh hingga 81 dan air tersebut digunakan untuk mandian, ia itu perlu dibuat di luar kawasan rumah yang bersih

11. Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati - Hendaklah membaca surah al-Taubah ayat 128 hingga 129 semasa berjumpa

12. Menguatkan ingatan - Hendaklah bersembahyang sunat empat rakaat, dilakukan selama tujuh atau lapan malam Jumaat berturut-turut :-
* Rakaat pertama - surah yassin
* Rakaat pertama - surah ad dhukan
* Rakaat pertama - surah as sajjadah
* Rakaat pertama - surah al mulk

Sifat Sifat Wanita Yang Mulia

Sifat - sifat yang mulia harus ada pada setiap isteri.... Syurga Isteri terletak pada kaki suaminye...

* Tidak suka menuntut perkara yang membebankan suami
* Tidak berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
* Menjauhkan diri daripada sifat tercela
* Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
* Tidak keluar rumah tanpa izin suami
* Tidak membelanjakan harta suami tanpa izinnya
* Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
* Tidak menuntut cerai atau talak
* Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti
* Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami
* Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah

Monday, March 7, 2011

Bila Dhia Bertemu Kembarnya

Hari sabtu lepas barula aku berkesempatan melawat Cousin aku yang baru melahirkan baby gegurl pada 15 February 2011. Tak sabar rasanye nak jumpa 2 pupu ara n danial. Ingat Dorg ade kat Kati (Granny's House) rupenye ade kat Kg Cheh.. Berpantang di kg halaman.. Nasib Cheh tak jauh dr Kati..
Sampai je sana aku terkesima jap.. Tgk Nurul Zulaikha sama je perwatakan dgn Si ara ni.. kejap2 tgk sama je rupa dema berdua ni.. Cuma si Ara ni nmpk beso sikit...
Nurul Zulaikha dilahirkan pd 15 february 2011. berat 2 kg.. Masa dah kuar tanda tu.. bwk la g Hospital Kuala.. tapi dorg tak moh accept.. alasan... Baby kecik sgt dan tak cukup bulan.. Mommy dia kata date yg Klinik bg lain ngan hospital...Suppose due 8.3.2011.. So.. merasalah mak ngan baby to be ni naik ambulan ke Hospital Taiping....Punyalah slow ambulan ni bwk.. mungkin takut klu bwk laju klu terhentak baby leh kuar kut.. wallahualam... Tp alhamdullilah.. wlupun Hospital Taiping kata ikut scan baby tak cukup bulan.. sbb kandungan br masuk 8 bulan.. Adik Zulaikha selamat melihat dunia pada pukul 10.45 mlm pd 15/2/2011.
Semoga Zulaikha menjadi putri yang soleh .. menghormati org tua dan berjaya di segala lapangan yang di ceburi... Sekarang Zareef, Ara dan Zulaikha menunggu pulak 2 pupu yg bakal menjadi 'Geng Bas Sekolah' pada bulan empat nanti.. Semoga selamat semuanye...

Monday, February 28, 2011

Happy Besday Danial

18 February 2011 genaplah umur danial 2 tahun.. sudah besar anak mama ni ek. Wlu usia 2 tahun klu bw jenjalan kat TESCO org kata mcm umur 3-4 tahun... tergelak pun ade..Bcuz anak mama dah 2 tahun.. mama n papa hadiah kan moto utk danial. Blh la danial main kat depan umah tuk Dah tak kacau pah sidai baju atau tuk baca buku.. Sbb danial leh main moto tu..Sekali ajar je anak mama ni dah pandai bwk moto ek.. bila nak ke depan dan bila nak reverse.. kelakar..
Pada 19 February 2011 aku decide nak wat sedikit kenduri. Kenduri Habis pantang dan sekali celebrate besday danial.. Alhamdullillah semuanye berjalan ngan lancar...Boleh lak anak noty mama ni buat hal masa org tgh baca doa.. Dia leh lak start moto dia tgh2 org ramai tu... Apalagi tuk pun jeling la kat papa.. terpaksa lah pujuk danial..tak makan lak tu... aku tgh mr hubby dah ponin nak pujuk hero tu.. aku pun masuklah campur.. nak tau apa alasan aku bg kat hero sorang tu... Danial.. knp start moto ni.. Mama tgh charge.. nanti tak leh jalan.. Dia pun dgn senang hati bwk moto kat plug yg mmg tersedia kat luar.. pas tu tarik charger then charge moto dia.. adusss pandai lak dia charge.." mama.. charge".. apa lagi.. tuk imam yg baca doa pun tak keruan.. bebudak semua dah tergelak... hai.. Bertuah sungguh hero mama ni..

Semoga anak mama ni menjadi anak yang soleh.. anak yang taat pada org tua.. Baik budi bicara... Aminnn

Sunday, February 6, 2011

Dhia Qaisarah

Alhamdullilah.. setelah menunggu 38 minggu akhirnye pada 5 Jan 2011 tepat jam 11.30 pagi... lahir la Dhia Qaisarah.... Awal 10 hari dari tarikh jangkaan doc....Selamat menempuh liku2 perjalanan hidup ini wahai puteriku.. Semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada perintah Allah dan Ibu Bapa..
Masa danial lahir dulu, aku operation.. so. tak rasa mcmn la tanda2 nak bersalin... sakit nak bersalin pun tak dapat rasa.. kiranye waktu dhia ni mcm nak bersaln sulong la.. Jenuh la aku tanya kengkawan.. mcmn rasa contraction.. takut gak kan.. klu kuar air ke atau lendir darah ke.. itu blh la kite aware tp klu contraction..huh.. Time kasih tak terhingga pada my lovely fren Ella, che Lin, kak ruhil dan Kak fad.. Tak lupa gak kak Murni ngan Apash yg sudi melayani karenah saya waktu pregnant dulu. Sharing is Caring la katakan..Pada ptg 3hb tu aku rasa perut ku mengeras je..tapi tak sakit. anggapan aku Brixton Hicks la kan.. aku pun ajak la my hubby g jenjalan kat Giant...esoknye pun rasa mcm tu gak.. g giant lagi... bwk berjalan2. Perut ku tetap mengeras.. Apa lagi aku pun surf le mana2 blog...amik experience org lain...
5 hb tu tepat kul 4.30 pagi..aku terjaga.. sakit... sakit mcm period pain.. teringat che lin kata sakit contraction mcm period pain.. Kejut la hubby.. hubby pun tlg pantau kan.. setiap 20 minit aku sakit.. pas tu 15 minit.. sah ni mmg tanda2.. Nasib my mum ade kat umah masa tu.. pastu 10 min sekali... my mom suh g hospital.. Nasib Hospital serdang dekat je... Dlm kul 8.00 smpi trus masuk observation... Doc check laluan dah bukak 5 cm.. Apa lagi masuk labour room la.. sakit nye setiap 5 min sekali. Hanya tuhan yg tahu sakit mcmn...Doc pecah kan air ketuban pas tu send me to labour room. Thank to My Hubby cuz temankan aku waktu kat labour.. Sorry ek pasal tangan tu.. Hbs tangan hubby aku pulaskan sebab menahan sakit... Nurse dtg tgk aku.. aku ckp la sakit sesangat ni... dia ckp biasanye doc akan dtg lagi 4 jam... sekarang br kul 11.00 pagi.. doc akan dtg tgk kul 1.30. huh.. tak tahan aku.. smpai nurse ckp klu tak tahan kite bg ubat.. dlm kul 11.20 tu aku mmg tak tahan sgt.. setiap minit die sakit... aku ckp kat hubby.. aku nak ubat. tak tahan sgt.. elok je hubby aku melangkah 2 tapak... Baby dah nak kuar... apal gi menjerit la aku.. " Pa... dah nak kuar dah ni" berlari lah hubby aku panggil doc.. nasib doc ade... kelam kabut tul...Adik lak nak kuar...tak sempat dah nak sediakan ape2...baby betul2 nak kuar... kali ketiga dia tolak aku trus push.. automatik aku push.. doc tgh buat persiapan..aku peduli ape..trus aku push...dan baby pun selamat lahir ke dunia... tak tergambar perasaan aku time tu... baby nangis kuat tapi bila nurse letak kat dada aku...trus dia senyap... Subhanallah...
Berkat Doa nabi yunus yg opah aku pesan suh diamalkan... alhamdullilah... senang aku bersalin kali ni.. cuma sakit contraction je...... Time kasih adik.... Cuma bila jahit tu sakit la kan....Biasa la tu kan...

Untuk Dhia Qaisarah..... Selamat datang ke dunia ... semoga dhia ceria dan menjadi puteri impian mama dan papa...Anak yg soleh.. Ank yang taat... Anak yg menghormati org tua....semoga menjadi permaisuri di hati mama, papa, dan abg danial... Semoga membawa sinaran ke dlm kehidupan kami... Sesinar disebalik nama DHIA QAISARAH... Sinaran Permaisuri.... Love you..