Soalan: Bagaimana jika seseorang itu tidak kenal syirik dan mati dalam keadaan syirik? Adakah dia diampuni?
Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri
Sekretariat Ilmuan Malaysia Madinah
Jawapan:
Kalau dia itu memang orang yang hidup di belantara contohnya dan tidak sampai dakwah kepadanya, dan tugas umat Islam sepatutnya perlu pergi berdakwah kepada mereka. Pertama, umat Islam perlu muhasabah semula kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dakwah.
Kedua, kalau betul wujudnya orang yang seperti ini, yang tidak mengenal syirik kerana tidak sampai Al Quran kepadanya, kalau Quran sampai pun dia tidak faham kerana tiada terjemahan dalam bahasa yang dia fahami, maka mereka ini musyrik semasa hayat di dunia, tetapi ketika di akhirat nanti mereka dihukum dengan hukum ahlil fatrah.
Apakah hukum ahlil fatrah? Ahlil fatrah adalah musyrik, mereka bukan mukmin. Sebab itu Nabi dilarang untuk mendoakan kedua ibu bapanya. Apabila Nabi ke kubur ibunya, baginda dilarang untuk meminta ampun untuk ibunya kerana ibunya mati dalam keadaan syirik. Tetapi apa hukum ibu Nabi ketika di akhirat, wallahu Ta’ala a’lam. Kita tidak tahu adakah ibunya di syurga atau neraka.
Tetapi ayah Nabi ada nas yang mengatakan ayah Nabi masuk neraka. Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.
Adapun orang yang hidup di negeri Islam yang tersebarnya dakwah tauhid, ada kelas pengajian agama, ada kitab-kitab yang boleh dia baca tetapi dia sendiri yang tidak ambil peduli maka orang seperti ini adalah musyrik; mati dalam keadaan musyrik dunia dan akhirat kerana dia tidak belajar. Wajib ke atasnya mencari ilmu.
Jadi ia bergantung kepada keadaan, jika dia benar-benar hidup dalam suasana masyarakat yang tidak sampai dakwah maka dia ahlil fatrah, tetapi jika dia hidup dalam negara Islam yang sampai dakwah, orang yang melakukan syirik akbar (syirik besar) seperti menyembelih binatang dengan nama selain Allah SWT, dan lain-lain perbuatan syirik yang jelas di dalam Al Quran maka tiada alasan baginya, dia memang mati sebagai musyrikin. Ini adalah kesalahan dia sendiri kerana tidak mempelajari agama.
Wallahu Ta’ala A’lam.
Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri
Sekretariat Ilmuan Malaysia Madinah
Jawapan:
Kalau dia itu memang orang yang hidup di belantara contohnya dan tidak sampai dakwah kepadanya, dan tugas umat Islam sepatutnya perlu pergi berdakwah kepada mereka. Pertama, umat Islam perlu muhasabah semula kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dakwah.
Kedua, kalau betul wujudnya orang yang seperti ini, yang tidak mengenal syirik kerana tidak sampai Al Quran kepadanya, kalau Quran sampai pun dia tidak faham kerana tiada terjemahan dalam bahasa yang dia fahami, maka mereka ini musyrik semasa hayat di dunia, tetapi ketika di akhirat nanti mereka dihukum dengan hukum ahlil fatrah.
Apakah hukum ahlil fatrah? Ahlil fatrah adalah musyrik, mereka bukan mukmin. Sebab itu Nabi dilarang untuk mendoakan kedua ibu bapanya. Apabila Nabi ke kubur ibunya, baginda dilarang untuk meminta ampun untuk ibunya kerana ibunya mati dalam keadaan syirik. Tetapi apa hukum ibu Nabi ketika di akhirat, wallahu Ta’ala a’lam. Kita tidak tahu adakah ibunya di syurga atau neraka.
Tetapi ayah Nabi ada nas yang mengatakan ayah Nabi masuk neraka. Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.
Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;
إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ
Maksudnya; “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka.”
Jadi orang yang begini (ahlil fatrah) kita tidak boleh secara jazam
(pasti) menyatakan mereka ahli syurga atau ahli neraka. Sebab ahlil
fatrah akan diuji oleh Allah SWT di mana mereka akan disuruh masuk ke
neraka, siapa yang masuk ke neraka, sebelum sempat dia sampai ke neraka
Allah akan menariknya masuk ke syurga, manakala siapa yang ingkar akan
dilontarkan masuk ke neraka.Adapun orang yang hidup di negeri Islam yang tersebarnya dakwah tauhid, ada kelas pengajian agama, ada kitab-kitab yang boleh dia baca tetapi dia sendiri yang tidak ambil peduli maka orang seperti ini adalah musyrik; mati dalam keadaan musyrik dunia dan akhirat kerana dia tidak belajar. Wajib ke atasnya mencari ilmu.
Jadi ia bergantung kepada keadaan, jika dia benar-benar hidup dalam suasana masyarakat yang tidak sampai dakwah maka dia ahlil fatrah, tetapi jika dia hidup dalam negara Islam yang sampai dakwah, orang yang melakukan syirik akbar (syirik besar) seperti menyembelih binatang dengan nama selain Allah SWT, dan lain-lain perbuatan syirik yang jelas di dalam Al Quran maka tiada alasan baginya, dia memang mati sebagai musyrikin. Ini adalah kesalahan dia sendiri kerana tidak mempelajari agama.
Wallahu Ta’ala A’lam.
No comments:
Post a Comment