#JantungHatiMamaLieya

#JantungHatiMamaLieya

Wednesday, September 14, 2016

Surabaya -Malang - Bromo

Atas permintaan ibu, kami adik beradik berusaha kumpul duit untuk pergi bercuti ke surabaya. Mula2 mak nak g bandung tetapi last minit kata nak g surabaya. So... I carila travel agency untuk percutian kami kali ini. hubby kata better guna travel agency yg ade pakej muslim sbb kita g sana first time..tanya kawan.. tanya Mr G.. akhit nya kami memilik Nikiff Group as our travel agent.. Service Tip Top.. very recomended. Sesiapa yang sedang mencari travel agent boleh la menghubungi En khairul 013-2854304.
Tanggal 31 August 2016, Kami memulakan perjalanan dari KLIA2 ke Juanda International airport. Anak2 yang paling happy. nak g kerja jauh katanye...

Dia la yang paling excited..


Membawa Semangat 31 OGOS ke Surabaya




Di dalam flight dia duk tepi tingkap.. asyik memandang ke luar je. Bila Nak gerak ni Mama..

Tak duk diam. Orang lain masa nak berlepas tu,, semua duk senyap je.. tapi dorg boleh siap gelak sakan. sebab terasa bila flight dah terbang.. Macam keta laju je mama.. aduiya anak2..

Lapo punya pasal kena la mama order nasi untuk dorg. Nasi Lemak + Air dengan Nasi Ayam + air.. Jumlah RM 56... Hmmmm

Sampai je Juanda airport, matahari dah terbenam. Wal Hal baru pukul 5.30 ptg. ade kekeliruan dalam mengejas waktu dgn keadaan disana. Smpi je trus pak dwi (supir) bawak ktrg g makan di restoran masakan padang.



Dalam Jadual sepatutnya terus ke Bromo tetapi memandang kan hari dah semakin gelap dan perjalan kesana mengambil mas 3-4 jam. pak supir mencadangkan pergi ke Malang dahulu.. Syazwan pun tak berapa sihat so Malang lebih dekat.. Perjalanan ke sana pun mengambil masa 2 jam.

Sepanjang perjalan ke Malang, walaupun Highway... tak de pun melalui hutan.. semua mcm dalam pekan.. melalui bandar ke bandar. sesiapa yang sakit jantung.. di nasihatkan tido sepanjang perjalanan. Sebab jalan sana sempit dan kereta lori byk.. moto mmg banyak. cara pemanduan.. hanya Allah yang tahu.. Klu di sini.. confirm accident. TAPI yang aku respect.. wlupun mcm tu, setiap pemandu punya sifat respect dan hati2. Kalau ade satu halangan di depan dorg akan bagi double signal. nak masuk simpang, bagi double signal. kereta atau lori dari arah bertentangan PASTI akan bg laluan. klu kat malaysia, confirm keta tu lagi laju..

Malang kedudukan nya di atas bukit..nak ke hotel naik bukit yg landai. dan aku rasa 1/2 jam tu naik bukit je.. tak turun.. landai... sepanjang perjalanan di penuhi rumah2. terasa kepadatan penduduk di sini.. Dalam pukul 10 mlm br smpi di hotel.. time to beradu... keluar je dari kereta... huh...SEJUKKKKK..

No comments: