#JantungHatiMamaLieya

#JantungHatiMamaLieya

Tuesday, July 30, 2013

Butter Cake Yang Mudah

Semalam Ara request nak kek. Jenuh le pikir ape kek yg mudah and simple.. cari2 punya cari jumpa la satu blog resepi kek butter ni. tapi lupa lak blog empunya siapa. Kepada gerangan empunya blog tu berbanyak terima kasih tak terhingga utk resepi kek butter yg mudah.. So sesiapa yg teringin nak wat resepi mudah ni.. sila mencuba...

Butter Cake Mudah

Bahan2

5 biji Telur
180 gram gula kastor
200 gram tepung naik sendiri ( blh juga gunakan tepung gandum + 3/4 sudu makan baking powder. Ayak)
250 gram butter
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara2

1. lenser kan loyang dengan butter
2. Oven mesti di panaskan dahulu pada suhu 170'C selama 15 minit.
3. Dalam satu bekas, satukan butter dengan gula. Putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit. naikkan 
    kelajuan dan putar sehingga adunan bertukar menjadi warna krim dan sebati /ringan. Biasanye ambil 
    masa 4-5 minit.
4. Bila Gula dah hancur dan sebati, Perlahankan kelajuan mixer. Masukkan telur satu persatu. Bila dah
    masukkan semua telur, naikkan kelajuan dan putar smpi sebati. Biasanye akan amik masa 2-3 minit.
5. Masukkan Esen Vanilla. putar lagi selama 1-2 minit.
6. masukkan tepung sikit demi sedikit. unakan kelajuan perlahan sehingga tepung habis. Kemudian naikkan
    kelajuan. Putar selama 2 minit.
7. Masukkan adunan kedalam bekas. Mask di dalam Oven. Bakar 45-50 minit .
8. Sejukkan selama 30 minit. Baru boleh makan..

Selamat mencuba....



No comments: