#JantungHatiMamaLieya

#JantungHatiMamaLieya

Wednesday, September 14, 2016

Surabaya - Malang - Bromo Part III

Hari kedua - 1 Sept 2016

Selesai sahaja aktiviti petik buah kami di bawa untuk makan tengahari dalam pukul 11 pagi..





Makan tengahari di temani ikan Koi yang besar2 dan berwarna warni.. tengah elok makan tetiba terdengar azan zohor dari masjid berhampiran.. tgk jam baru kul 11.30 pagi... hmmm.. ter kejut sekejap... 

aktiviti seterusnya, atas permintaan anak2.. ke Safari la kita.. sejam juga perjalan ke sana..tapi di gagahi juga.. turun naik bukit ktrg tau..

Untuk tourist, harga tiket Rp125,000. mahal gak..tapi ikutkan lah hajat anak2.. ini semua running man punya pasal. episode dgn Park Ji Sung.. Nak tengok binatang dalam keta katanya..






















 Setelah puas di Safari, kami bertolak ke Bromo untuk aktiviti seterusnya.....

Surabaya - Malang - Bromo Part II

Hari kedua - 1 Sept 2016 - Grand Batu Inn

Bangun se awal 5.00 pg, nak solat subuh. Buka je tingkap dah cerah.. cepat2 solat.. Adush.. mcmn leh silap adjust ni... Lupa lak kat sini cerahnye awal...

Ini waktu kul 5.30 pagi.. view dari beranda bilik hotel.. Huh.. mana tak terkejut... terang nye.. lupa ktrg atas bukit.. cahaya matahari dapat dulu... kena kasi adjust ni.. Then siap2 untuk sarapan.. sini walaupun pagi dia awal, breakfast start pukul 7 pagi hingga 9 pagi sahaja.
  Menu Yang Terdapat di Hotel Grand Batu Inn.. Ribu2 tu...

  Permandangan dari bilik hotel..Cantik gunung tu... View menarik.. 

Di depan hotel.. Sejuk kata Ara.. Siap pakai glove lagi tu..




Sementara tunggu pukul 9 pagi, Danial sempat dapat cari kawan baru.. Ntah apa yg dorg sembang.. Paham ke idak  hanya ALLAH je yang tahu.. Elok je si Meow tu duk dengar citer danial..


Shopping sini dulu sebelum ke aktiviti seteruysnya.. PETIK EPAL..











Wisata Petik Epal.. Makan lah sepuas nya.. Yang paling sedap Epal " Mana Lagi".. manis gitu... tapi ade satu jenis epal tu bila makan terasa mcm buah pear je.. danial asyik dengan epal nye.. fav tu.. sedar tak sedar byk yg dia petik masuk dlm plastik.. Ara tak suka epal yang dia suka petik masuk ke dlm plastik... 1 kg = 30,000 Rupiah....

Surabaya -Malang - Bromo

Atas permintaan ibu, kami adik beradik berusaha kumpul duit untuk pergi bercuti ke surabaya. Mula2 mak nak g bandung tetapi last minit kata nak g surabaya. So... I carila travel agency untuk percutian kami kali ini. hubby kata better guna travel agency yg ade pakej muslim sbb kita g sana first time..tanya kawan.. tanya Mr G.. akhit nya kami memilik Nikiff Group as our travel agent.. Service Tip Top.. very recomended. Sesiapa yang sedang mencari travel agent boleh la menghubungi En khairul 013-2854304.
Tanggal 31 August 2016, Kami memulakan perjalanan dari KLIA2 ke Juanda International airport. Anak2 yang paling happy. nak g kerja jauh katanye...

Dia la yang paling excited..


Membawa Semangat 31 OGOS ke Surabaya




Di dalam flight dia duk tepi tingkap.. asyik memandang ke luar je. Bila Nak gerak ni Mama..

Tak duk diam. Orang lain masa nak berlepas tu,, semua duk senyap je.. tapi dorg boleh siap gelak sakan. sebab terasa bila flight dah terbang.. Macam keta laju je mama.. aduiya anak2..

Lapo punya pasal kena la mama order nasi untuk dorg. Nasi Lemak + Air dengan Nasi Ayam + air.. Jumlah RM 56... Hmmmm

Sampai je Juanda airport, matahari dah terbenam. Wal Hal baru pukul 5.30 ptg. ade kekeliruan dalam mengejas waktu dgn keadaan disana. Smpi je trus pak dwi (supir) bawak ktrg g makan di restoran masakan padang.



Dalam Jadual sepatutnya terus ke Bromo tetapi memandang kan hari dah semakin gelap dan perjalan kesana mengambil mas 3-4 jam. pak supir mencadangkan pergi ke Malang dahulu.. Syazwan pun tak berapa sihat so Malang lebih dekat.. Perjalanan ke sana pun mengambil masa 2 jam.

Sepanjang perjalan ke Malang, walaupun Highway... tak de pun melalui hutan.. semua mcm dalam pekan.. melalui bandar ke bandar. sesiapa yang sakit jantung.. di nasihatkan tido sepanjang perjalanan. Sebab jalan sana sempit dan kereta lori byk.. moto mmg banyak. cara pemanduan.. hanya Allah yang tahu.. Klu di sini.. confirm accident. TAPI yang aku respect.. wlupun mcm tu, setiap pemandu punya sifat respect dan hati2. Kalau ade satu halangan di depan dorg akan bagi double signal. nak masuk simpang, bagi double signal. kereta atau lori dari arah bertentangan PASTI akan bg laluan. klu kat malaysia, confirm keta tu lagi laju..

Malang kedudukan nya di atas bukit..nak ke hotel naik bukit yg landai. dan aku rasa 1/2 jam tu naik bukit je.. tak turun.. landai... sepanjang perjalanan di penuhi rumah2. terasa kepadatan penduduk di sini.. Dalam pukul 10 mlm br smpi di hotel.. time to beradu... keluar je dari kereta... huh...SEJUKKKKK..