#JantungHatiMamaLieya

#JantungHatiMamaLieya
Showing posts with label Islamic Info. Show all posts
Showing posts with label Islamic Info. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Nabi Syith A.S

Kali ini Lia post kan mengenai Nabi Syith A.S


Cr to Alfateh.


Kisah-kisah Nabi selain 25 orang rasul (Nabi Syith A.S)

Selain itu, terdapat kisah mengenai para nabi selain 25 orang rasul dan antaranya ialah Nabi Syith A.S.

Set bahasa Arab: Shith atau Shiyth yang bermaksud "ditempatkan; ditunjuk" dalam kitab Kejadian dari Kitab Suci Ibrani dan Alkitab, adalah salah satu anak (kemungkinan anak ketiga) dari Adam dan Hawa, dan merupakan adik dari Qabil dan Habil. Ia dilahirkan setelah Habil dibunuh oleh Qabil. Nama Set disebut sepuluh kali dalam Alkitab, tujuh kalinya di kitab Kejadian, sekali di kitab Bilangan, I Tawarikh, dan Lukas.

Set diberikan oleh Allah kepada Nabi Adam A.S sebagai pengganti Habil yang dibunuh. Ia mempunyai seorang anak yang bernama Enos pada usia 105 tahun dan hidup hingga mencapai usia 912 tahun.

Melalui keturunan Set dilahirkanlah Nuh A.S, Ibraham A.S, Daud A.S hingga akhirnya menurunkan Isa A.S.

Set menurut kepercayaan Islam
Set (Syits) (sekitar 3630-2718 SM), hidup selama lebih kurang 912 tahun, meninggal pada usia 1042 tahun. Menikah dengan Azura (Hazurah), kemudian mengandung seorang anak yang bernama Enos pada usia 105 tahun. Ia salah seorang anak Adam, yang dianggap sebagai salah satu dari nabi-nabi dalam Islam. Ia juga termasuk guru Nabi Idris yang pertama kali mengajarkan baca dan tulis, ilmu falak, menjinakkan kuda dan lain-lain.

Nabi Daniel A.S

Salam Nuzul Quran pada semua Muslimin dan Muslimat. Di Pagi jumaat 17 Ramadhan ini, terpanggil lak Lia nak search kat Uncle G pasal kisah nabi selain dari 25 para rasul yg wajib kite ketahui. First sekali search pasal Nabi Daniel. Saya cebiskan sedikit cerita pasal Nabi Daniel utk tatapan semua.

Cr to Alfateh..

Nabi Daniel A.S.

Nabi Daniel (bahasa Ibrani: דָּנִיֵּאל, Daniyyel, Dāniyyêl; bahasa Parsi: دانيال, Dâniyal atau Danial, juga disebut Dani, داني ; Arabic: دانيال, Danyal) adalah tokoh yang dicatat dalam sejarah sebagai salah seorang Nabi ataupun Utusan Allah (Tuhan) dalam tiga agama samawi (Islam, Kristian, Yahudi). Namun begitu, maklumat mengenai Baginda banyak tertumpu kepada catatan dalam Kitab Daniel dalam agama Kristian Katolik dan Yahudi.


Kisah Nabi Daniel A.S.

Kitab Daniel, yang ditulis dalam bahasa Ibrani dan bahasa Aramik, adalah sebuah kitab suci Tanakh bagi agama Yahudi atau Perjanjian Lama bagi agama Kristian. Kisah dalam kitab ini berlaku semasa pembuangan di Babel, iaitu ketika bangsa Yahudi dibuang dan diasingkan ke Babil. Kisah ini berkisar seorang tokoh yang bernama Daniel yang berbangsa Israil dan menjadi penasihat Nebuchadnezar, penguasa Babil (Babylon) dari 605 SM - 562 SM.


Nabi Daniel A.S. bersama-sama bangsa Israil telah ditawan dan diasingkan ke Babil (Iraq) ketika masih kecil lagi. Ketika itu pemerintah Babil yang bernama Nebuchadnezzar telah menyerang Baitulmaqdis serta menghancurkan kota tersebut dan membawa para tawanan dari kalangan bangsa Israil dan mereka telah dizalimi oleh raja tersebut serta tidak dibenarkan pulang ke Baitulmaqdis.


Mimpi Raja Nebuchadnezzar 

Dalam satu riwayat mengatakan bahawa ketika dalam tahanan penjara, Nabi Daniel bersama-sama rakannya tidak menjamah sedikit pun makanan yang diberikan oleh tentera Babylon sebaliknya hanya makan sayur dan minum air sahaja.


Kemudian pada satu ketika raja Nebuchadnezzar telah bermimpi sesuatu yang menakutkan sehingga dia telah meminta para ahli nujum untuk menafsirkan mimpinya namun dia sendiri tidak tahu apa yang dimimpikan olehnya. Raja Nebuchadnezzar mengancam untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada para ahli nujum sekiranya mereka tidak dapat menafsirkan mimpinya sehinggalah salah seorang daripada tawanan penjara memberitahu raja bahawa Nabi Daniel boleh menafsirkan mimpi raja itu.


Nabi Daniel telah menafsirkan mimpi raja itu mengenai sebuah patung besar yang mana setiap bentuk pada tubuh patung itu adalah daripada pelbagai logam iaitu kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga sedang pehanya dari besi dengan kakinya sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi dari tanah liat. Nabi Daniel memberitahu lagi bahawa raja itu telah melihat sebuah batu tanpa perbuatan manusia telah menimpa patung itu tepat di bahagian kakinya yang dari besi dan tanah liat itu sehingga remuk. Akhirnya, batu itu yang menimpa patung tanpa perbuatan tangan manusia menghancurkan semua logam yang ada dipatung tersebut. Kemudian batu itu menjadi gunung yang besar memenuhi seluruh bumi.


Nabi Daniel secara jelas dan tegas menjelaskan bahawa logam-logam itu melambangkan sebuah pengantian kekuasaan dari kerjaan-kerajaan besar yang berdiri dan kemudian roboh, dimulai dengan Babylon yang dilambangkan oleh kepala dari emas. Sesudah Babylon adalah Media-Parsi (lengan dan dada perak). Kemudian kerajaan itu digantikan oleh Yunani (tembaga), kemudian digantikan lagi oleh Kekaisaran Rom iaitu kerajaan yang keempat yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu dan seperti besi yang menghancur luluhkan, maka kerajaan itu akan meremukkan dan menghancur luluhkan semuanya. Kemudian pada bahagian kaki yang daripada campuran besi dan tanah liat pula ialah merujuk kepada kerajaan-kerajaan di Eropah selepas keruntuhan kekaisaran Rom pada 476 masihi. Campuran besi dan tanah liat adalah juga merujuk kepada penyatuan negara-negara Eropah namun sentiasa mengalami kegagalan. Maka selepas itu, Nabi Daniel telah dilantik oleh raja itu untuk menjadi orang kanannya kerana raja itu kagum dengan kehebatan Nabi Daniel, namun para menteri yang lain berasa cemburu lalu mereka telah mengadakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersama-sama dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lubang tersebut, Nebuchadnezzar mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan sihat serta tidak luka sedikitpun. Para menteri itu terus membuat perancangan untuk membunuh Nabi Daniel sehinggakan mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah 'buang air' terhadap raja itu ketika sedang tidur. Raja yang mendengar hasutan itu berasa geram lalu Nabi Daniel telah dipanggil oleh raja terbabit untuk tidur dibiliknya. Nebuchadnezzar telah memberitahu pengawalnya sekiranya terdapat orang yang ingin masuk ke biliknya walaupun dia mengaku sebagai raja, pengawal itu perlu membunuh orang itu. Nabi Daniel tidak keluar daripada bilik itu sebaliknya raja itu yang keluar kerana hendak membuang air sehinggakan pengawal yang berkawal itu tidak percaya sedikitpun kepada Nebuchadnezzar walaupun dia memberitahu dia adalah raja. Akhirnya dia telah dibunuh oleh pengawalnya sendiri. Begitulah Allah S.W.T. hendak menyelamatkan nabi-Nya daripada kezaliman Nebuchadnezzar.


Seterusnya kerajaan Babylon telah ditawan oleh kerajaan Media-Parsi dan pemerintahnya telah melantik Nabi Daniel sebagai penasihatnya. Nabi Daniel juga dikatakan telah dipenjarakan ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan Media-Parsi kerana tidak mahu meninggalkan amalan ibadahnya yakni (menyembah Allah) walaupun telah dikuatkuasakan oleh kerajaan itu yang melarang rakyat mengamalkan amalan ibadah. Nabi Daniel telah dipenjarakan bersama-sama 3 ekor singa, namun singa-singa itu tidak sedikitpun mencederakannya.


Menurut Abul Barakat al-Hifny, Nabi Daniel kemudian berangkat menuju ke kota Iskandariyah dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan wafat dan terdapat makamnya di sana. Kemudian wujudnya Masjid Nabi Daniel sewaktu Mesir di bawah pemerintahan seorang gabenor iaitu Amru Al As kerana beliau telah menjumpai makam Nabi itu lalu membina masjid dikawasan itu dan dinamakan sempena nama Nabi Daniel

Wednesday, October 10, 2012

Fitnah

Fitnah An - Namimah ( Bahaya Mengadu domba)


Dr Azwira Abdul Aziz

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya;
“Seorang Muslim adalah seseorang yang orang Muslim lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (riwayat Imam al-Bukhari, no. 10)
Antara maksiat melalui lisan ialah namimah. Maksud namimah ialah memetik kata-kata orang dan menyebarkannya dengan tujuan untuk merosakkan, melagakan-lagakan, mencetuskan permusuhan, perbalahan dan kemarahan di kalangan manusia. Imam an-Nawawi (wafat 676 H) mengatakan bahawa para ulama mendefinisikan namimah sebagai menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosak hubungan di antara mereka (lihat: Syarah Nawawi untuk Shahih Muslim 1/214).
Di dalam bahasa Melayu namimah disebut sebagai ‘membawa mulut’ dan ‘mengadu domba’ Ini adalah salah satu jenis maksiat lidah kerana petikan itu dipindahkan melalui lidah. Antara sifat orang yang tidak beriman ialah hamaz iaitu suka menggelar-gelarkan orang dan mengadu domba. Di dalam al-Qur’an Allah berfirman maksudnya:
“Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya). Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).” (surah al-Qalam, ayat 10-11)
Dari Hudzaifah, beliau mengetahui laporan tentang adanya seseorang yang suka melakukan namimah (adu domba) maka beliau mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda maksudnya;
“Nammam (orang yang suka mengadu-domba) itu tidak akan masuk syurga” (riwayat Imam Muslim, no 303).
Ini adalah dosa besar pada pertimbangan atau pada ukuran ulama salaf seperti yang dihimpukan oleh Imam Syamsudin az-Zahabi (wafat 748H) dalam kitab Al-Kaba-ir (Dosa-dosa Besar). Akan tetapi pada ukuran manusia pada hari ini, mereka tidak merasakan perkara itu sensitif dan besar kesalahannya sedangkan berdasarkan hadis Nabi SAW, ini adalah satu ancaman yang berat.
Kisah dua ahli kubur
Di dalam hadis lain daripada Abdullah Ibn Abbas RA, Nabi SAW melalui dua buah kubur kemudian Nabi berkata, maksudnya:
“Sesungguhnya kedua-dua ahli kubur ini sedang diazab.”
Hadis ini menceritakan tentang azab kubur. Tetapi kedua-dua ahli kubur itu bukanlah diazab berdasarkan dosa besar pada pandangan kedua-duanya. Salah seorang daripada mereka suka melakukan adu domba dengan memetik kata-kata orang tertentu kemudian menyebarkannya untuk mencetuskan permusuhan. Manakala seorang lagi itu tidak bersih daripada air kencing ataupun cara dia qada hajat tidak mengikut sunnah Nabi.
Seperti yang dijelaskan Nabi yang bermaksud,
“Dan keduanya bukanlah diazab kerana perkara yang berat untuk ditinggalkan. Yang pertama, tidak membersihkan diri dari air kencingnya. Sedang yang kedua, berjalan ke sana ke mari menyebarkan namimah.” (riwayat Imam Al-Bukhari, no. 213)
Kedua-duanya ahli kubur tersebut menganggap perkara tersebut adalah dosa kecil. Mereka diazab disebabkan dosa yang kedua-duanya menganggap ianya dosa kecil. Mereka mengambil ringan perkara tersebut menyebabkan mereka sendiri menerima padahnya.
Di dalam hadis lain Nabi SAW bersabda, maksudnya:
“Mahukah kalian jika aku memberitahu kepada kamu orang yang paling jahat di kalangan kamu?’ Maka jawab sahabat ‘Ya’. Lalu baginda bersabda lagi maksudnya ‘Orang yang suka mengadu domba dan memecah belahkan kasih sayang di antara manusia dan orang yang mencari keaiban orang yang tidak berdosa.” (riwayat Imam Ahmad)
Ini adalah 3 golongan yang Nabi sebut di dalam hadis ini secara khususnya sebagai sejahat-jahat manusia atau sejahat-jahat umat baginda.
Namimah ini suatu perkara yang berleluasa pada zaman sekarang lebih-lebih lagi di dalam kontek perkembangan teknologi semasa. Jika dahulu sebaran itu tidak meluas dan tidak begitu cepat tetapi sekarang ini satu namimah yang dibuat sebarannya sampai ke seluruh ufuk seperti yang disebut oleh Nabi SAW. Ini kerana telah adanya satelit yang memindahkannya keseluruh ufuk. Jadi skop perbalahan itu akan cepat berlaku dan lebih meluas. Ini adalah antara perkara yang kita sama-sama perlu jaga dan muhasabah.
Kaedah menangani namimah
Saya tertarik di dalam kitab Sahih al-Bukhari pengarangnya menyenaraikan beberapa perkara dan etika ataupun tip yang perlu kita ambil dan gunakan di dalam menangani permasalahan namimah ini.
Pertamanya apabila seseorang itu memilih sikap tidak mudah mempercayai berita yang dibawa oleh golongan manusia yang jenis nammam (pembawa mulut) kerana membawa mulut itu adalah orang fasik yang melakukan maksiat. Maka jangan benarkan diri kita mempercayai orang seperti itu. Allah SWT sendiri menyuruh supaya kita berhati-hati dengan berita yang dibawa oleh orang fasik. Firman-Nya yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut.” (Surah al-Hujurat, 49: 6)
Kedua, berusaha mencegah, melarang dan menasihatkan pelaku namimah. Dalam pada masa yang sama kita jelaskan kepadanya keburukan dan kesan dosa namimah ini pada pertimbangan neraca Islam.
Ketiga, kita hendaklah melahirkan rasa marah kepadanya kerana Allah. Ini kerana orang yang melakukan namimah ini adalah orang yang dimurkai oleh Allah. Maka kita sebagai hamba Allah perlu melahirkan kemarahan juga kepada orang yang dimurkai oleh Allah tetapi dengan kadarnya. Sekurang-kurangnya kita tidak terikut dengan segala perbuatan buruknya.
Keempat, kita perlu bersangka baik dengan individu atau pihak yang diadu-dombakan sebelum kita memastikan perkara itu. Mengadu-domba di dalam konteks masyarakat kita sekarang ini kesan buruknya sangat serius. Kadang-kadang fakta itu tidak tepat dan bersifat tidak pasti. Boleh jadi fakta itu sejenis penipuan dan sesuatu yang diada-adakan serta yang boleh melaga-lagakan para ulama, pemimpin dan masyarakat seluruhnya.
Kelima, jangan membiarkan diri kita terikut-ikut dengan gaya pengadu-domba itu sehinggakan kita juga terjebak melakukan perkara yang sama. Mungkin pada asalnya kita hendak memperbetulkan keadaan tetapi tiba-tiba kita tersalah kata, jadi kita juga terperangkap masuk ke dalam kandang yang sama iaitu kandang namimah.
Jadi kita perlu muhasabah diri kita agar lebih berhati-hati supaya kita tidak mencetuskan perbalahan ataupun permusuhan di kalangan masyarakat disebabkan an-namimah yang merupakan salah satu daripada maksiat lidah.

Syirik

Pagi ni tergerak hati nak melewati blog2 berkenaan islamic ni. Niat di hati nak tambah ilmu.. Alhamdullilah dpt jugak sikit ilmu dan hajat di hati nak share ngan kawan@.. semoga sama2 kita ambik ikhtibar..

Soalan: Bagaimana jika seseorang itu tidak kenal syirik dan mati dalam keadaan syirik? Adakah dia diampuni?

Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri

Sekretariat Ilmuan Malaysia Madinah

Jawapan:

Kalau dia itu memang orang yang hidup di belantara contohnya dan tidak sampai dakwah kepadanya, dan tugas umat Islam sepatutnya perlu pergi berdakwah kepada mereka. Pertama, umat Islam perlu muhasabah semula kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dakwah.
Kedua, kalau betul wujudnya orang yang seperti ini, yang tidak mengenal syirik kerana tidak sampai Al Quran kepadanya, kalau Quran sampai pun dia tidak faham kerana tiada terjemahan dalam bahasa yang dia fahami, maka mereka ini musyrik semasa hayat di dunia, tetapi ketika di akhirat nanti mereka dihukum dengan hukum ahlil fatrah.
Apakah hukum ahlil fatrah? Ahlil fatrah adalah musyrik, mereka bukan mukmin. Sebab itu Nabi dilarang untuk mendoakan kedua ibu bapanya. Apabila Nabi ke kubur ibunya, baginda dilarang untuk meminta ampun untuk ibunya kerana ibunya mati dalam keadaan syirik. Tetapi apa hukum ibu Nabi ketika di akhirat, wallahu Ta’ala a’lam. Kita tidak tahu adakah ibunya di syurga atau neraka.
Tetapi ayah Nabi ada nas yang mengatakan ayah Nabi masuk neraka. Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.
Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;
إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ
Maksudnya;  “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka.”
Jadi orang yang begini (ahlil fatrah) kita tidak boleh secara jazam (pasti) menyatakan mereka ahli syurga atau ahli neraka. Sebab ahlil fatrah akan diuji oleh Allah SWT di mana mereka akan disuruh masuk ke neraka, siapa yang masuk ke neraka, sebelum sempat dia sampai ke neraka Allah akan menariknya masuk ke syurga, manakala siapa yang ingkar akan dilontarkan masuk ke neraka.
Adapun orang yang hidup di negeri Islam yang tersebarnya dakwah tauhid, ada kelas pengajian agama, ada kitab-kitab yang boleh dia baca tetapi dia sendiri yang tidak ambil peduli maka orang seperti ini adalah musyrik; mati dalam keadaan musyrik dunia dan akhirat kerana dia tidak belajar. Wajib ke atasnya mencari ilmu.
Jadi ia bergantung kepada keadaan, jika dia benar-benar hidup dalam suasana masyarakat yang tidak sampai dakwah maka dia ahlil fatrah, tetapi jika dia hidup dalam negara Islam yang sampai dakwah, orang yang melakukan syirik akbar (syirik besar) seperti menyembelih binatang dengan nama selain Allah SWT, dan lain-lain perbuatan syirik yang jelas di dalam Al Quran maka tiada alasan baginya, dia memang mati sebagai musyrikin. Ini adalah kesalahan dia sendiri kerana tidak mempelajari agama.

Wallahu Ta’ala A’lam.

Thursday, September 13, 2012

Keliru dengan Maksiat

Source: Ilmuan Malaysai 
               Bersama Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman

                                                                      Soalan 1 : 
SAYA keliru mengenai maksiat. Setahu saya, maksiat bermaksud duduk berdua-duaan di tempat gelap dan melakukan hubungan seks di suatu tempat. Kawan saya menghadiri kelas motivasi agama. Ustaznya berkata, maksiat boleh berlaku di mana sahaja. Contohnya, mengunjungi festival seperti Jom Heboh kerana ia membuang masa dan melihat hiburan artis.
Benarkah kalau sembahyang jamak seperti zuhur dan asar juga maksiat sebab mahu menghadiri majlis persandingan pengantin. Jadi apakah maksud maksiat dalam Islam serta adakah terdapat beberapa pecahan maksiat?
* NorZahira Zainol


JAWAPAN: Allah mengarahkan kita melakukan kebaikan atau ketaatan dan menghindari keburukan atau maksiat. Menurut kaca mata Islam, kebaikan adalah apa sahaja yang diredai Allah manakala keburukan pula apa sahaja yang dimurkai-Nya. Apa yang lebih penting dalam melakukan kebaikan dan menghindari keburukan adalah perasaan kita. Orang yang melakukan kebaikan kerana telah menjadi rutin tidak sama dengan orang yang melakukannya dengan penuh pengagungan terhadap Allah. Begitu juga orang yang menghindari maksiat kerana kebiasaan tidak sama dengan orang yang meninggalkannya kerana takutkan Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan Taqwa. Perhatikan perkara ini di dalam firman Allah dalam Surah al-Haj ayat 37 yang bermaksud:
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya.”
Kembali kepada soalan, memang maksiat mempunyai pelbagai kategori dalam Islam. Pertama, maksiat yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam, seperti syirik dan kufur. Antara contohnya, sujud kepada patung, mencaci Allah dan Rasulullah SAW serta menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal. Kedua, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa besar. Contohnya berzina, mengumpat dan mengadu domba. Ketiga, maksiat yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam tetapi membawa dosa. Contohnya meminang wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, melihat dan mendengar perkara yang diharamkan.
Memang benar maksiat boleh terjadi di mana sahaja. Bahkan maksiat boleh berlaku daripada orang yang nampaknya seperti berbuat kebaikan. Di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 2382), Rasulullah menjelaskan tiga jenis manusia yang dihumban ke neraka sebelum orang lain.
Pertama, orang yang membaca al-Quran untuk digelar qari. Kedua, orang yang sering menderma untuk digelar pemurah dan dermawan. Manakala ketiga, orang yang mati di medan perang semata-mata untuk digelar berani.
Perhatikan bagaimana hadis ini mengajar kita agar sentiasa meneliti dua perkara iaitu kesahihan amalan di samping keikhlasan niat. Kedua-dua perkara ini perlu wujud seiringan dan tidak boleh diasingkan sama sekali.
Setelah memahami kaedah berkaitan ketaatan dan maksiat, dapatlah kita fahami bahawa apa sahaja festival yang membuang masa dan mengandungi hiburan yang tidak menepati norma Islam termasuk dalam maksiat. Lebih khusus lagi, ia tergolong dalam dosa kecil. Ini tidak bermaksud individu muslim itu tidak boleh berhibur. Boleh, asal tidak berbaur maksiat.
Adapun solat jamak kerana mahu menghadiri majlis persandingan pengantin, perkara ini perlu diperincikan. Pertama, persandingan memang tiada dalam Islam. Bahkan ada perbincangan mengatakan bersanding itu asalnya daripada agama Hindu. Ditambah dengan unsur maksiat lain seperti make up berlebihan di khalayak ramai dan percampuran lelaki dan perempuan. Justeru, dinasihatkan agar perbuatan bersanding ditinggalkan. Yakinlah bahawa jika perkahwinan tiada persandingan, ia tidak cacat sedikit pun insya -Allah. Besar kemungkinan ia lebih diredai Allah.
Sudut kedua pula berkenaan hukum menjamak solat. Berdasarkan sebuah hadis sahih riwayat al-Imam Muslim (no. 705), Rasulullah telah menjamakkan solat zuhur dan asar, solat maghrib dan isyak di Madinah bukan dalam keadaan ketakutan atau hujan. Apabila Ibnu Abbas ditanya mengapa Rasulullah berbuat demikian, beliau menjawab “Baginda ingin memberi kemudahan kepada umatnya.”
Berdasarkan hadis ini, al-Imam al-Nawawi rahimahullah menjelaskan dibenarkan jamak solat jika ada keperluan. Jika kita lihat kepada kehidupan sekarang, keperluan mencakupi pelbagai perkara. Antaranya mesyuarat, majlis perkahwinan, pembentangan dan seumpamanya.

Monday, August 8, 2011

Ibadat puasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:
  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Thursday, May 19, 2011

AKU TIDAK SOLAT..TAPI AKU TETAP BERJAYA...Itulah ISTIDRAJ...Apakah ISTIDRAJ???

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat b...aik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.   Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?   Maka saya hendak bertanya kepada anda.   Adakah anda tahu apa itu istidraj?   Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?   Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.   Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.   Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.   Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.   Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,   “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”   Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.   Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.   Nah… Apakah itu yang kita mahu?   Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?   Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”   Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.   Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.   Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.   Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.   Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.   “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”   ALLAH menjawab,   “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”   Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,   “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”   Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.   Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.   Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?   Saya yakin tidak..   Anda tenang sekarang?   Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.   Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.   Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula..

Sunday, April 10, 2011

Doa Ibu & Ayah Untuk Anak

Anak adalah Amanah Dari ALLAH SWT yang tiada nilainye. Manjadi Tanggungjawab ibu dan bapa untuk mendidik amanah itu menjadi insan yang mulia. Lumrah alam menentukan bahawa setiap anak menpunyai sifat semulajadi nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka. Dimana acapkali menguji kesabaran kita. Jangan mudah melenting kerna sebagai muslim kita  sebenarnya mempunyai jalan penyelesaian. Doa harian yang boleh dijadikan amalan dan senjata orang mukmin dalam mengharungi kemanisan hidup berkeluarga...
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kite untuk mendoakan segala kebaikan untuk anak-anak. Tidak mengatakan sesuatu yang buruk terhadap anak KERNA apa yang diperkatakan oleh ibu adalah DOA untul anaknye.


Doa Untuk Semua
1. Amalkan membaca "YA LATIF" sebnayak 7 kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka hendak atau sedang tidur.
2. Untuk membanntu anak supaya mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir "Ya Latif" sebanyak 129 kali di ikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud "Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambanya; Ia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki. Padahal Dialah Yang Kuat, Yang Gagah" Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan untuk keluarga
3. Ketika memasak, Sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Hai Orang- orang beriman! Sabarlah dan lawanlah Sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan"
4. Perbanyakkan Zikir Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman berulang- ulang. Zikir pelembut hati.
5. Amalkan surah Toha ayat 1-8, Surah Ar- Rahman ayat 1-4, dan surah Insyirah dibaca tak kira waktu.
6. Bagi ibubapa yang becrcita-cita mendapat zuriat yang baik elok diamalkan Surah Al-Imran ayat 38 iaitu doa Nabi Zakaria a.s yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa".
7. Kita digalakkan menyentuh dengan lembut ubub-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Di galakan sewaktu anak baru lelap tidur terutama kepada anak yang mengalami masalah emosi atau tungkah laku.
8. Selepas solat 5 waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ;"Tuhan kami, Anugerahkanlah kami ister-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kamiimam bagi orang yang bertaqwa"
9.Sebaik-baik waktu berdoa ialah tengah malam.







Thursday, March 24, 2011

Fadilat Membaca BISMILLAH

Good for sharing with all my friend.. Untuk renungan kita semua. Info dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA. 

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

1. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman daripada gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

2. Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar.

3. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

4. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

5. Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

6. Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama 7 hari. InsyaAllah dengan izinNya akan majulah perniagaannya.


Wednesday, March 23, 2011

Fadilat Mengamalkan Ayat Suci Al Quran Sebagai Doa

Ayat Suci Al-Quran Adalah Doa yang Paling Mujarab. Antara Doa Yang Mujarab Ialah:

1. Menghentikan Anjing Menyalak - Baca surah Al-Baqarah ayat lapan puluh hingga lapan puluh satu sebanyak sepuluh kali

2. Penyayang - Baca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan di kening orang yang kita sayangi

3. Mengunci rumah dengan ayat - Baca Ayatul Kursi sebanyak 3 kali dan diikuti dengan surah Ar-Radu ayat 11 sebanyak tiga kali di tengah jalan muka pintu dengan niat sebelum menginggalkan rumah

4. Menghilangkan rasa takut kerana gangguan syaitan - Hendaklah membaca surah Yassin ayat lapan dan sembilan berulang kali sehingga rasa gementar hilang

5. Ayat penerang hati - Hendaklah sering membaca surah An Nur ayat tiga puluh lima di Pagi hari dan awal malam

6. Membuatkan anak tidak degil - Hendaklah membaca surah Thaahaa Ayat 1 hingga 6 dan juga surah al haji ayat 21 dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

7. Menghentikan Anak menanggis malam hari - Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali dan tiup di telinga kanan, kemudian membaca surah semula al-fatihah sebanyak 3 kali dan tiup di telinga kiri

8. Mengelakan mengandung anak songsang semasa dalam kandungan - Hendaklah menulis surah al-a'raaf ayat 54 di atas kertas dan direndamkan dalam air dan seterusnya diminum

9. Mengurangkan bisa digigit oleh binatang bisa - Hendaklah membaca surah al-fatihah sebanyak 3 kali ditiup ke ibu jari dan letakan ke langit dan kemudian gosok di tempat yang kena gigit

10. Mengubat orang yang terkena sihir, guna atau gila - Hendaklah menyediakan satu baldi air yang bersih,kemudian membaca surah Yunus ayat 80 puluh hingga 81 dan air tersebut digunakan untuk mandian, ia itu perlu dibuat di luar kawasan rumah yang bersih

11. Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang dihajati - Hendaklah membaca surah al-Taubah ayat 128 hingga 129 semasa berjumpa

12. Menguatkan ingatan - Hendaklah bersembahyang sunat empat rakaat, dilakukan selama tujuh atau lapan malam Jumaat berturut-turut :-
* Rakaat pertama - surah yassin
* Rakaat pertama - surah ad dhukan
* Rakaat pertama - surah as sajjadah
* Rakaat pertama - surah al mulk

Sifat Sifat Wanita Yang Mulia

Sifat - sifat yang mulia harus ada pada setiap isteri.... Syurga Isteri terletak pada kaki suaminye...

* Tidak suka menuntut perkara yang membebankan suami
* Tidak berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
* Menjauhkan diri daripada sifat tercela
* Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
* Tidak keluar rumah tanpa izin suami
* Tidak membelanjakan harta suami tanpa izinnya
* Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
* Tidak menuntut cerai atau talak
* Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti
* Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami
* Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah