#JantungHatiMamaLieya

#JantungHatiMamaLieya

Wednesday, September 14, 2016

Surabaya - Malang - Bromo Part II

Hari kedua - 1 Sept 2016 - Grand Batu Inn

Bangun se awal 5.00 pg, nak solat subuh. Buka je tingkap dah cerah.. cepat2 solat.. Adush.. mcmn leh silap adjust ni... Lupa lak kat sini cerahnye awal...

Ini waktu kul 5.30 pagi.. view dari beranda bilik hotel.. Huh.. mana tak terkejut... terang nye.. lupa ktrg atas bukit.. cahaya matahari dapat dulu... kena kasi adjust ni.. Then siap2 untuk sarapan.. sini walaupun pagi dia awal, breakfast start pukul 7 pagi hingga 9 pagi sahaja.
  Menu Yang Terdapat di Hotel Grand Batu Inn.. Ribu2 tu...

  Permandangan dari bilik hotel..Cantik gunung tu... View menarik.. 

Di depan hotel.. Sejuk kata Ara.. Siap pakai glove lagi tu..




Sementara tunggu pukul 9 pagi, Danial sempat dapat cari kawan baru.. Ntah apa yg dorg sembang.. Paham ke idak  hanya ALLAH je yang tahu.. Elok je si Meow tu duk dengar citer danial..


Shopping sini dulu sebelum ke aktiviti seteruysnya.. PETIK EPAL..











Wisata Petik Epal.. Makan lah sepuas nya.. Yang paling sedap Epal " Mana Lagi".. manis gitu... tapi ade satu jenis epal tu bila makan terasa mcm buah pear je.. danial asyik dengan epal nye.. fav tu.. sedar tak sedar byk yg dia petik masuk dlm plastik.. Ara tak suka epal yang dia suka petik masuk ke dlm plastik... 1 kg = 30,000 Rupiah....

Surabaya -Malang - Bromo

Atas permintaan ibu, kami adik beradik berusaha kumpul duit untuk pergi bercuti ke surabaya. Mula2 mak nak g bandung tetapi last minit kata nak g surabaya. So... I carila travel agency untuk percutian kami kali ini. hubby kata better guna travel agency yg ade pakej muslim sbb kita g sana first time..tanya kawan.. tanya Mr G.. akhit nya kami memilik Nikiff Group as our travel agent.. Service Tip Top.. very recomended. Sesiapa yang sedang mencari travel agent boleh la menghubungi En khairul 013-2854304.
Tanggal 31 August 2016, Kami memulakan perjalanan dari KLIA2 ke Juanda International airport. Anak2 yang paling happy. nak g kerja jauh katanye...

Dia la yang paling excited..


Membawa Semangat 31 OGOS ke Surabaya




Di dalam flight dia duk tepi tingkap.. asyik memandang ke luar je. Bila Nak gerak ni Mama..

Tak duk diam. Orang lain masa nak berlepas tu,, semua duk senyap je.. tapi dorg boleh siap gelak sakan. sebab terasa bila flight dah terbang.. Macam keta laju je mama.. aduiya anak2..

Lapo punya pasal kena la mama order nasi untuk dorg. Nasi Lemak + Air dengan Nasi Ayam + air.. Jumlah RM 56... Hmmmm

Sampai je Juanda airport, matahari dah terbenam. Wal Hal baru pukul 5.30 ptg. ade kekeliruan dalam mengejas waktu dgn keadaan disana. Smpi je trus pak dwi (supir) bawak ktrg g makan di restoran masakan padang.



Dalam Jadual sepatutnya terus ke Bromo tetapi memandang kan hari dah semakin gelap dan perjalan kesana mengambil mas 3-4 jam. pak supir mencadangkan pergi ke Malang dahulu.. Syazwan pun tak berapa sihat so Malang lebih dekat.. Perjalanan ke sana pun mengambil masa 2 jam.

Sepanjang perjalan ke Malang, walaupun Highway... tak de pun melalui hutan.. semua mcm dalam pekan.. melalui bandar ke bandar. sesiapa yang sakit jantung.. di nasihatkan tido sepanjang perjalanan. Sebab jalan sana sempit dan kereta lori byk.. moto mmg banyak. cara pemanduan.. hanya Allah yang tahu.. Klu di sini.. confirm accident. TAPI yang aku respect.. wlupun mcm tu, setiap pemandu punya sifat respect dan hati2. Kalau ade satu halangan di depan dorg akan bagi double signal. nak masuk simpang, bagi double signal. kereta atau lori dari arah bertentangan PASTI akan bg laluan. klu kat malaysia, confirm keta tu lagi laju..

Malang kedudukan nya di atas bukit..nak ke hotel naik bukit yg landai. dan aku rasa 1/2 jam tu naik bukit je.. tak turun.. landai... sepanjang perjalanan di penuhi rumah2. terasa kepadatan penduduk di sini.. Dalam pukul 10 mlm br smpi di hotel.. time to beradu... keluar je dari kereta... huh...SEJUKKKKK..

Friday, March 18, 2016

BANGKOK - PART 3

3rd day in Bangkok . Hari ni we all akan pergi melawat Grand Palace and Emerald Buddha. Place must visit when you in Bangkok. Dkt sini kita akan lebih memahami kisah Kerajaan Thailand. And honestly I cakap, lepas g sini I become more respect to their royal family. Lots of knowledge we can learned from them. Macammana dari dulu dorg mengamalkan sistem tertutup untuk org lain. same like china. Tiada orang luar dibenarkan untuk campurtangan dalam ekonomi, politik dan segala2nya. Semua bergantung 100% dgn rakyat Thai..


Front Gate. Nak Masuk dalam ni ade rules yang kena patuh. Rule dia kena tutup aurat. Dan berkasut. Sandle x dibenarkan. Kasut Bertutup Sahaja. Nak Masuk kena check bag. due to bombing in bangkok. Fees ade gak. Tapi itu tour guide yg bayar. termasuk dlm package.

Jalan nak masuk istana


All about Gold. 


Menurut Hikayat dorg, ada 6 guard yang menjaga istana ni. 



Dikatakan ini diperbuat dari emas.. 




Didalam kawasan istana, terletak nya temple untuk Royal Monk, didalam ni juga terdapat Emerald Buddhha. Masuk kat dalam Camera tak di benarkan. We all masuk sbb nak tgk apa yg ade kat dalam. hanya lalu saje, nak stop tgk pun x blh. SBB ramai org duk kat dalam tu. minta hajat. Thumbs up to the decoration inside. I mean, dekat dinding dia.







Loceng ni hanya bunyi sekali sahaja sepanjang hayat dia. x silap waktu ade kematian. 



Di dinding ni ade kisah menceritakan kisah kerajaan thailand dulu. tu we all punya tourist guide. mmg very helpfull. 


Blkg ni kira mcm rumah kerajaan. masih ade lagi royal family yang duduk disini. Dan ini juga Rumah persinggahan Ketua2 Negara Luar yang datang ke Thailand.



Hasil pembinaan istana di waktu zaman kolonial. Gabungan deco kolonial dan seni Thailand. Hasil idea Raja Thailand WITHOUT campurtangan inggeris. 



sian tgk guard ni. Peluh menitik-nitik. 




Banyak knowledge yang dapat masa tour ni. Puas hati. Lepas ni we all jalan2 keliling Bandar. Tour guide bwk ktrg lalu depan istana sekarang. lalu depan zoo. biasa la tour dl, bandar.

After Lunch.. sendiri punya aturcara. Nak pegi chatuchak mcm malas. So we all pegi la MBE Plaza. Makan Kat Yana Restaurant. Then shopping la. Balik hotel naik Tuk Tuk... Malam last dinner we all kat Central Plaza. Leisure time.

Esok dah nak balik KL...Insyaallah ada rezeki kami kesini lagi.