#JantungHatiMamaLieya

#JantungHatiMamaLieya

Friday, July 26, 2013

Nabi Syith A.S

Kali ini Lia post kan mengenai Nabi Syith A.S


Cr to Alfateh.


Kisah-kisah Nabi selain 25 orang rasul (Nabi Syith A.S)

Selain itu, terdapat kisah mengenai para nabi selain 25 orang rasul dan antaranya ialah Nabi Syith A.S.

Set bahasa Arab: Shith atau Shiyth yang bermaksud "ditempatkan; ditunjuk" dalam kitab Kejadian dari Kitab Suci Ibrani dan Alkitab, adalah salah satu anak (kemungkinan anak ketiga) dari Adam dan Hawa, dan merupakan adik dari Qabil dan Habil. Ia dilahirkan setelah Habil dibunuh oleh Qabil. Nama Set disebut sepuluh kali dalam Alkitab, tujuh kalinya di kitab Kejadian, sekali di kitab Bilangan, I Tawarikh, dan Lukas.

Set diberikan oleh Allah kepada Nabi Adam A.S sebagai pengganti Habil yang dibunuh. Ia mempunyai seorang anak yang bernama Enos pada usia 105 tahun dan hidup hingga mencapai usia 912 tahun.

Melalui keturunan Set dilahirkanlah Nuh A.S, Ibraham A.S, Daud A.S hingga akhirnya menurunkan Isa A.S.

Set menurut kepercayaan Islam
Set (Syits) (sekitar 3630-2718 SM), hidup selama lebih kurang 912 tahun, meninggal pada usia 1042 tahun. Menikah dengan Azura (Hazurah), kemudian mengandung seorang anak yang bernama Enos pada usia 105 tahun. Ia salah seorang anak Adam, yang dianggap sebagai salah satu dari nabi-nabi dalam Islam. Ia juga termasuk guru Nabi Idris yang pertama kali mengajarkan baca dan tulis, ilmu falak, menjinakkan kuda dan lain-lain.

Nabi Daniel A.S

Salam Nuzul Quran pada semua Muslimin dan Muslimat. Di Pagi jumaat 17 Ramadhan ini, terpanggil lak Lia nak search kat Uncle G pasal kisah nabi selain dari 25 para rasul yg wajib kite ketahui. First sekali search pasal Nabi Daniel. Saya cebiskan sedikit cerita pasal Nabi Daniel utk tatapan semua.

Cr to Alfateh..

Nabi Daniel A.S.

Nabi Daniel (bahasa Ibrani: דָּנִיֵּאל, Daniyyel, Dāniyyêl; bahasa Parsi: دانيال, Dâniyal atau Danial, juga disebut Dani, داني ; Arabic: دانيال, Danyal) adalah tokoh yang dicatat dalam sejarah sebagai salah seorang Nabi ataupun Utusan Allah (Tuhan) dalam tiga agama samawi (Islam, Kristian, Yahudi). Namun begitu, maklumat mengenai Baginda banyak tertumpu kepada catatan dalam Kitab Daniel dalam agama Kristian Katolik dan Yahudi.


Kisah Nabi Daniel A.S.

Kitab Daniel, yang ditulis dalam bahasa Ibrani dan bahasa Aramik, adalah sebuah kitab suci Tanakh bagi agama Yahudi atau Perjanjian Lama bagi agama Kristian. Kisah dalam kitab ini berlaku semasa pembuangan di Babel, iaitu ketika bangsa Yahudi dibuang dan diasingkan ke Babil. Kisah ini berkisar seorang tokoh yang bernama Daniel yang berbangsa Israil dan menjadi penasihat Nebuchadnezar, penguasa Babil (Babylon) dari 605 SM - 562 SM.


Nabi Daniel A.S. bersama-sama bangsa Israil telah ditawan dan diasingkan ke Babil (Iraq) ketika masih kecil lagi. Ketika itu pemerintah Babil yang bernama Nebuchadnezzar telah menyerang Baitulmaqdis serta menghancurkan kota tersebut dan membawa para tawanan dari kalangan bangsa Israil dan mereka telah dizalimi oleh raja tersebut serta tidak dibenarkan pulang ke Baitulmaqdis.


Mimpi Raja Nebuchadnezzar 

Dalam satu riwayat mengatakan bahawa ketika dalam tahanan penjara, Nabi Daniel bersama-sama rakannya tidak menjamah sedikit pun makanan yang diberikan oleh tentera Babylon sebaliknya hanya makan sayur dan minum air sahaja.


Kemudian pada satu ketika raja Nebuchadnezzar telah bermimpi sesuatu yang menakutkan sehingga dia telah meminta para ahli nujum untuk menafsirkan mimpinya namun dia sendiri tidak tahu apa yang dimimpikan olehnya. Raja Nebuchadnezzar mengancam untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada para ahli nujum sekiranya mereka tidak dapat menafsirkan mimpinya sehinggalah salah seorang daripada tawanan penjara memberitahu raja bahawa Nabi Daniel boleh menafsirkan mimpi raja itu.


Nabi Daniel telah menafsirkan mimpi raja itu mengenai sebuah patung besar yang mana setiap bentuk pada tubuh patung itu adalah daripada pelbagai logam iaitu kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga sedang pehanya dari besi dengan kakinya sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi dari tanah liat. Nabi Daniel memberitahu lagi bahawa raja itu telah melihat sebuah batu tanpa perbuatan manusia telah menimpa patung itu tepat di bahagian kakinya yang dari besi dan tanah liat itu sehingga remuk. Akhirnya, batu itu yang menimpa patung tanpa perbuatan tangan manusia menghancurkan semua logam yang ada dipatung tersebut. Kemudian batu itu menjadi gunung yang besar memenuhi seluruh bumi.


Nabi Daniel secara jelas dan tegas menjelaskan bahawa logam-logam itu melambangkan sebuah pengantian kekuasaan dari kerjaan-kerajaan besar yang berdiri dan kemudian roboh, dimulai dengan Babylon yang dilambangkan oleh kepala dari emas. Sesudah Babylon adalah Media-Parsi (lengan dan dada perak). Kemudian kerajaan itu digantikan oleh Yunani (tembaga), kemudian digantikan lagi oleh Kekaisaran Rom iaitu kerajaan yang keempat yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu dan seperti besi yang menghancur luluhkan, maka kerajaan itu akan meremukkan dan menghancur luluhkan semuanya. Kemudian pada bahagian kaki yang daripada campuran besi dan tanah liat pula ialah merujuk kepada kerajaan-kerajaan di Eropah selepas keruntuhan kekaisaran Rom pada 476 masihi. Campuran besi dan tanah liat adalah juga merujuk kepada penyatuan negara-negara Eropah namun sentiasa mengalami kegagalan. Maka selepas itu, Nabi Daniel telah dilantik oleh raja itu untuk menjadi orang kanannya kerana raja itu kagum dengan kehebatan Nabi Daniel, namun para menteri yang lain berasa cemburu lalu mereka telah mengadakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersama-sama dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lubang tersebut, Nebuchadnezzar mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan sihat serta tidak luka sedikitpun. Para menteri itu terus membuat perancangan untuk membunuh Nabi Daniel sehinggakan mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah 'buang air' terhadap raja itu ketika sedang tidur. Raja yang mendengar hasutan itu berasa geram lalu Nabi Daniel telah dipanggil oleh raja terbabit untuk tidur dibiliknya. Nebuchadnezzar telah memberitahu pengawalnya sekiranya terdapat orang yang ingin masuk ke biliknya walaupun dia mengaku sebagai raja, pengawal itu perlu membunuh orang itu. Nabi Daniel tidak keluar daripada bilik itu sebaliknya raja itu yang keluar kerana hendak membuang air sehinggakan pengawal yang berkawal itu tidak percaya sedikitpun kepada Nebuchadnezzar walaupun dia memberitahu dia adalah raja. Akhirnya dia telah dibunuh oleh pengawalnya sendiri. Begitulah Allah S.W.T. hendak menyelamatkan nabi-Nya daripada kezaliman Nebuchadnezzar.


Seterusnya kerajaan Babylon telah ditawan oleh kerajaan Media-Parsi dan pemerintahnya telah melantik Nabi Daniel sebagai penasihatnya. Nabi Daniel juga dikatakan telah dipenjarakan ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan Media-Parsi kerana tidak mahu meninggalkan amalan ibadahnya yakni (menyembah Allah) walaupun telah dikuatkuasakan oleh kerajaan itu yang melarang rakyat mengamalkan amalan ibadah. Nabi Daniel telah dipenjarakan bersama-sama 3 ekor singa, namun singa-singa itu tidak sedikitpun mencederakannya.


Menurut Abul Barakat al-Hifny, Nabi Daniel kemudian berangkat menuju ke kota Iskandariyah dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan wafat dan terdapat makamnya di sana. Kemudian wujudnya Masjid Nabi Daniel sewaktu Mesir di bawah pemerintahan seorang gabenor iaitu Amru Al As kerana beliau telah menjumpai makam Nabi itu lalu membina masjid dikawasan itu dan dinamakan sempena nama Nabi Daniel

Wednesday, November 28, 2012

Triffle

Tgk Kat website pencinta2 makanan semua update pasal triffle.. Teringin gak nak wat Triffle ni.. So Rajin la masuk sana sini cari yg plg simple n meletop nye resepi. So Dapat la I kongsi with all my friends kan.. Dah Jadi Fav My Hubby.. So Every Weeks Dia Request.. Kek Gulung Bermacam- macam perisa dia suka.. Yang Plg Dia suka Kek Oren. Sbb dia kata Kek Oren ade rasa masam2 sikit plus dgn cocktail n Agar2 manis kan. so Kombinasi yg menarik (Ckp Pun ala2 Chef Zubir)

Bahan- Bahan

Kek Gulung ( terpulang perisa apa yang anda gemari)
1 Tin Fruit Cocktail
1 paket Agar-Agar
1 Tin Susu cair
1 Cawan Tepung Kastard
4 Cawan Air
2 Sudu Besar Gula Pasir

Cara-Cara
* Untuk Kastard
 Campurkan Tepung kastard dan Susu. Masak Diatas api yg Perlahan, Masukkan Gula. masak sehingga pekat. Ketepikan dan biarkan ia sejuk

* Agar- Agar
Campurkan Sepeket agar2 dgn air Yang Panas. (Ikut arahan pada pek agar2)

Kemudian Susun Kek Yg Telah Dipotong ke dalam Mangkuk (Klu Blh Yg transparrent, nak naik kan mood Makan)
Air dr tin cocktail tadi di letakkan sedikit di atas kek.
Pas tu Tuang kan kastard di atas kek tadi sampai menutupi kek tersebut.Biarkan seketika.
Bila dah custard dah mengeras, taburkan fruit cocktail atas kastard tadi. sebanyak mana yg anda mahukan.
Lepas tu tuangkan agar- agar atas buah buahan tadi.
Then, Sejukkan didalam Peti sejuk..Setelah itu boleh di makan bersama familia..

Seronok klu di masak bersama anak2..Klu aku masak mesti si kecik tu tlg taburkan fruit cocktail ..Mama..Yum yum...







Durian Crepe

Skrg Ni Musim Deghoyan la kan..Di sebabkan raja buah ni rata2 fb status " sedapnye durian crepe".. lazatnye.. Tambahan lak member aku Cik APASH ade open for order for durian crepe ni kan.. Tapi tu la Jauh la.. Dia beroperasi di BAtu Gajah.. Teringin gak aku nak order... ye lah semua org kata sedap...Lagi pun she was the good Baker kan.. so sape2 area Ipoh nak belajar or nak order cake ( Confirm Marvelous)..Or Durian Crepe boleh la contact dia ye @ http://apashlovetobake.blogspot.com/ or FB Apash Sweet Treats.. hehehe promo member jap.

Tetiba depan umah aku ade Lori durian br park.. Mak aii banyak ye.. Buat aku terliur.. Ye la aku ni boleh la dikirakan hantu deghoyan.maklum la org perak. Kg lak kat Kuale..hehehe. Tetiba Pakcik tu bentang banner "DURIAN BUKIT GANTANG'.. Waaaa.. lagi la aku terliur.. Kg My Dad and mmg durian sana TIP TOP.. Tapi tu la Laki aku lak bukannye hantu durian.. Al Maklumla.. ORANG KEY ELL.. Pikir duk pikir mcmn la nak pujuk dia beli ni.. Hmm.. YES .. How About I Make Durian Crepe.. hehehehe..At last berjaya gak aku pujuk dia beli...Lepas kempunan aku..Kat sini aku titipkan resepi Durian crepe. Tapi aku dah tak ingat aku amik resepi dari mana..

Bahan A
  
250 gm tepung gandum 
3 biji telur ( reen guna 2 biji telor gred A)
500 ml santan / Boleh Gak Guna Fresh Milk UHT Dutch Lady    
1 Sudu Tepung Ubi Kayu
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna kuning untuk kulit berwarna kuning

Bahan B

1 Cawan Non Dairy Whipping Cream
Isi Durian


Cara- Caranye


1) Satukan semua bahan A & masukkan dalam Mixer dan kisar.Kemudian tapiskan
2) Panaskan non-stick pan
3) Bubuh sikit minyak  
4) Tuang 1 senduk ke dlm  non-stick pan.
5) Rata kan macam buat Apam Balik. Klu Boleh biar senipis yg boleh
6) Tak perlu Di terbalikkan. Angkat dan biarkan sejuk. Nanti kite guna bahagian yang licin sbg permukaan atas. 
7) Ulang hingga adunan habis.

8) Pukul Whipping Krim Dalam Mixer Hingga Kental.
9) Pisahkan Isi Durian dari Bijinye. 

10) Bentangkan 1 Keping Crepe. Letakkan sedikit whipping Cream Di tengahnye. Letakkan Isi durian Di atas Whipping Cream tadi. Lepas tu Letak sedikit whipping Cream Di atas durian. Lipat Crepe dan kemudian di simpan dalam peti sejuk dalam 1 jam. Sedap klu di hidangkan masa di sejuk.. HHmmmm Yummy..

First attempt aku dia punya crepe tebal sikit.. tapi rasa nye marvelous.. bak kata anak dara aku.. mama.. dap..dap..Hubby nye kritikan ala2 chef zubir.. isi dalam dah sedap. durian  dia ala2 manis. tapi tu la klu boleh dinipiskan lagi crepe tu rasanye lebih sedap...Ok.. I will try the best for the 2nd attempt...


Kepada sesiapa yg masih belum mengenali Durian Crepe,Inilah contoh gambarnye... Yang Aku buat hari tu Tak sempat nak ambik dah hbs..


Tuesday, October 30, 2012

MIA Perlukan Penderma Hati

pix
Biarpun sedih namun ibu bapa muda ini tetap sabar menanti sinar yang mampu memberikan cahaya dalam kehidupan anak kecil mereka yang sakit. HASNITA SAWAL mendapatkan maklumat lanjut. Jurufoto MOHD HALIM SALLEH. 
Suara tangisan bayi menyambut kedatangan penulis di kediaman yang terletak di Kuala Langat. Tatkala kaki melangkah masuk ke dalam rumah kelihatan seorang bayi sedang menangis terlantar di atas permaidani.
Bertubuh kecil, berkulit gelap, si kecil terus melagukan irama sedu sambil kaki ciliknya terangkat-angkat. Abang-abangnya Luqman Haqeem, 5 dan Aiman Danish, 3, leka bermain di sisi adik seolah tidak hairan dengan tangisan itu. Biarpun Puteri Mia Adriana sudah mencecah usia 10 bulan namun dia masih kelihatan seperti bayi yang baru lahir. Semua perkembangan satu-satunya anak perempuan milik Nurhashimah Tasim, 27 dan Mohd Nooridan Mohd Samsudin, 29 terbantut akibat penyakit yang dihidapi.
Lahirnya di Hospital Putrajaya pada tanggal 1 November 2011 secara normal disambut penuh kesyukuran. Seronok ibu dan ayah kerana dikurniakan zuriat perempuan setelah dua anak terdahulu adalah lelaki. Namun bahagia yang dikecapi berakhir semuanya apabila puteri cilik kesayangan keluarga mula diserang demam diikuti mata berwarna kuning dan perut membengkak. Bayi yang mesra disapa Mia mula menunjukkan ciri-ciri tidak sihat ketika usianya empat bulan. Pemeriksaan di klinik swasta berhampiran rumah kerana demam berlanjutan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila doktor mengesyaki penyakit lain. “Doktor menyuruh kami buat pemeriksaan lanjut di PPUM kerana simptom Mia menunjukkan sakit berkaitan hati,” tuturnya tenang.
Pembedahan kecil
Jika bayi lain diserang jaundis selepas lahir tetapi Mia langsung tiada masalah demam kuning tersebut. Rupanya ada petanda lain yang lebih buruk. Untuk mengesan punca penyakit Mia, doktor melakukan pembedahan kecil di bahagian perut ketika dia berusia lima bulan. Sedikit contoh hati Mia diambil akhirnya menemukan jawapan penyakit yang dihidapinya. Bahkan cebisan hati juga berujuan untuk mencari penderma yang sesuai.
Menerima berita sedih yang menimpa si anak dengan perasaan bercampur baur. Nurhashimah mengaku mula-mula dia tidak boleh menerima kerana berlaku kepada satu-satunya anak perempuan yang dimiliki. Tetapi sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan terdekat sedikit sebanyak menyuntik semangat kepadanya dan suami untuk berjuang menyembuhkan penyakit Mia. Menurut doktor hanya pembedahan pemindahan hati menjadi rawatan untuk menyembuhkan pesakit Biliary Atresia. Buat masa sekarang Mia hanya makan ubat vitamin untuk menguatkan antibodi badannya.
Merengek sakit
Sepanjang perbualan dengan si ibu, suara tangisan dan rengekan Mia mengiringi kami. Menurut Nurhashimah memang begitulah keadaan bayinya. “Sejak disahkan sakit Mia tidak berhenti menangis. Dia hanya diam sekejap sahaja bila tidur atau menyusu. Selebihnya Mia akan menangis kerana dia berasa sakit,” ujarnya memberitahu tidak pernah tidur lena sejak Mia sakit. Selain minum susu badan, Mia turut diberi susu khas yang disarankan doktor untuk menaikkan berat badannya. Ini kerana katanya ia penting untuk membuat pembedahan pemindahan hati.
“Doktor kata bila beratnya sudah cecah 10 kg barulah boleh buat pembedahan. Sekarang hanya 5 kg dan sering naik turun walaupun dia tiada masalah dari segi makan dan minum susu. Masalahnya bila makan banyak perutnya akan jadi besar dan bila bawa hospital kena buang sebab dalam perut banyak cecair sahaja. Najis yang dikeluarkan cecair sahaja kerana makanan yang dimakan tidak dapat diproses. Kalau kentut pun dia akan menangis sebab sakit.”
Saluran hempedu
Fizikal pesakit Biliary Atresia memang serupa. Berbadan kecil seolah hanya tinggal tulang dan kulit sahaja, berkulit gelap dan perutnya membuncit. Keadaan tubuh yang kurus kering dan kulit gelap adalah disebabkan segala makanan yang dimakan tidak diproses menjadi lemak dalam badan. Najis dan air kencing yang dikeluarkan oleh Mia juga berbeza dengan bayi yang sihat. Menurut Norhashimah najis anaknya berwarna pucat dan cair sahaja sementara air kencingnya pula berwarna seperti air teh O.
Mengimbas kembali punca penyakit anaknya, dia yang awalnya buntu bagaimana Mia boleh dihidapi penyakit Biliary Atresia sedangkan dalam sejarah keluarga kedua belah pihak tidak ada yang mendapat penyakit tersebut. “Menurut doktor penyakit Mia sudah mula terbentuk sejak dia di dalam perut saya lagi. Saluran hempedunya dikatakan tersumbat dan sempit. Oleh sebab tidak dapat mengesan penyakit ketika bayi dalam perut maka saluran itu tertutup dan memberi kesan kepada hatinya,” ceritanya yang tiada sebarang masalah kesihatan sepanjang mengandungkan Mia.
Penderma organ
Menjaga Mia tidak sukar tetapi perhatian 24 jam perlu diberikan kepadanya. Norhashimah yang tidak bekerja memberitahu kebanyakan masanya dihabiskan dengan Mia. Kerja-kerja rumah hanya boleh dilakukan apabila Mia melelapkan matanya seketika. Sebaik sedar tangsiannya membuatkan Norhashimah tidak senang duduk. Risau akan perkara buruk berlalu kepada anak kesayangannya. Kini dia dan suami hanya menunggu saat Mia boleh menjalankan pembedahan bagi menyembuhkan penyakitnya. Semua itu hanya boleh direalisasikan apabila berat badan Mia bertambah kepada 10 kg dan mendapat penderma hati.
Kes anak kecil yang malang ini dirujuk ke Hospital Selayang yang mempunyai doktor pakar berkaitan penyakit hati. Mia bukan sahaja perlu menjalankan rawatan susulan di hospital Selayang tetapi jika dijangkiti demam biasa dia perlu mendapat rawatan di hospital yang sama juga. Bahkan untuk suntikan imunisasi juga Mia perlu mengambilnya di hospital tersebut kerana menurut Norhashimah hospital lain tidak berani untuk mengendalikan pesakit Biliary atresia yang mudah mengalami pendarahan ketika menerima suntikan imunisasi.
Menanti dan menunggu sememangnya perkara yang menyiksakan tetapi bagi Norhashimah dan suami, mereka rela merasakan penyiksaan tersebut asalkan hasilnya memberi sinar baru dalam hidup bayi mereka. “Sekarang kami menunggu penderma organ dari kalangan orang yang meninggal atau ahli keluarga selain berharap berat badan Mia dapat bertambah dengan cepat supaya pembedahan dapat dijalankan segera,” beritahu Mohd Nooridan penuh mengharap. Bagaimanapun dia faham apa yang dinantikan itu bukan semudah disangka. Ditanya mengapa tidak dia sendiri mendermakan hati untuk anaknya, Nooridan memberitahu doktor menasihatkan lebih baik menerima organ yang didermakan oleh orang yang meninggal kerana banyak risiko jika ahli keluarga terdekat menderma.
 
(Sumber: Majalah Pa&Ma November 2012)