#JantungHatiMamaLieya
Thursday, May 19, 2011
AKU TIDAK SOLAT..TAPI AKU TETAP BERJAYA...Itulah ISTIDRAJ...Apakah ISTIDRAJ???
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat b...aik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula..
Friday, May 6, 2011
Jus Untuk Pesakit Gout
Pilihan Jus untuk Pesakit Gout
Source : Pak Ngah - Farit Ismeth Amir
JUS Tembikai
Bahan
250 gram buah tembikai
Cara Penyediaan
Buah tembikai dipotong dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar. Minum sehari sekali, 2 – 3 jam selepas makan petang atau malam.
JUS Oren
Bahan
100 gram buah oren
Cara Penyediaan
Potong buah oren, buang bijinya dan kemudian kisar sehingga hancur. Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau malam.
JUS Mangga
Bahan-Bahan
50 gram buah mangga dan 50 mililiter air.
Cara Penyediaan
Kupas mangga, buang bijinya dan potong dadu. Kemudian kisar bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit. Minum sekali sehari di waktu pagi atau tengahari (2 – 3 jam selepas makan).
JUS Pisang Embun
Bahan
125 – 130 gram pisang embun
Cara Penyediaan
Buang kulit pisang embun dan kisar isinya. Minum sekali sehari, 2 jam selepas makan malam.
JUS Epal
Bahan-Bahan
120 gram epal dan 50 mililiterl air.
Cara Penyediaan
Bersihkan buah epal dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan tambahkan air, sedikit demi sedikit.
Minum sehari sekali selepas makan malam.
JUS Jambu Batu
Bahan-Bahan
100 gram jambu batu dan 50 mililiter air.
Cara Penyediaan
Bersihkan buah jambu batu dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan lembut. Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau tengahari, atau malam.
JUS Betik
Bahan
130 gram buah betik
Cara Penyediaan
Kupas buah betik, buang bijinya, potong dadu dan kisar. Minum sehari sekali, pada waktu siang atau malam (2 – 3 jam selepas makan).

Friday, April 22, 2011
Sunday, April 10, 2011
Selamat Tinggal Jerawat
Petua- petua yang disampai kan turun temurun dari nenek moyang kita boleh dijadikan sebagai panduan. Sepintas lalu saya menurunkan sedikit sebanyak pengetahuan dalam petua- petua turun temurun ini.
Selamat Tinggal Jerawat
1. Rendam Asam gelugur semalaman. Tumbuk pucuk ubi jambu batu, kemudian campurkan dengan air rendaman tadi. Sapukan di muka. Biarkan beberapa minit. Lakukan dua kali seminggu.
2. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu.Campukan dengan bedak sejuk.Tepekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
3. Giling beras denagn daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar duit lima sen dan jemur hingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.
4. Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air, Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan seberapa kerap yang boleh,
5. Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak tangan. K?emudian gosokkan dimuka dan biarkan kering. Basuhkan muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.
6. Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan di muka setiap malam dan setelah kering basuh muka dengan air suam.
7. Belah dua biji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum masuk tidur. Biarkan sehingga kering.Buangkan biji tomato yang lekat pada muka. Keesokkan harinya basuh muka dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
8. Masak secekak daun inai bersama dua cawan air. Biarkan hingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan pada jerawat. Amalkan setiap hari hingga jerawat hilang.
9. Picit jerawat dengan tangan bersih. Selepas itu sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat. Lakukan selalu. Insya Allah jerawat tidak akan tumbuh lagi.
10. Kisarkan kacang hijau dengan menggunakan sedikit air. Sapukan pada muka dan seluruh anggota tubuh semasa mandi. biarkan selam dua - tiga minit. Amalkan petua ini setiap kali anda mandi.
11. Ambil seberapa banyak kulit timun. Tunbuk hingga lumat. Pupurkan kulit timun yang ditumbuk tadi ke muka yang terdapat kesan jerawat. Biarkan setengah jam sebelum dibersihkan. Amalkan petua ini setiap hari.
12. Tumbuk seulas bawang putih yang telah di buang kulitnye.Titik pada jerawat secara melata pada muka. Titik sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
13. Campukan susu, madu dan putih telur. Kacau sehingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan selama 25 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan Selalu.
14. Tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga bersama sedikit beras. Kemudian campurkan denagn bedak sejuk dan sapukan pada muka. Lakukan pada waktu malam setiap hari sehingga kesan jerawat hilang.
15. Campurkan perahan air limau dengan sedikit tepung beras. Gaul sehingga sebati dan sapukan pada muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air. Amalkan selalu.
Selamat Mencuba....

Doa Ibu & Ayah Untuk Anak
Anak adalah Amanah Dari ALLAH SWT yang tiada nilainye. Manjadi Tanggungjawab ibu dan bapa untuk mendidik amanah itu menjadi insan yang mulia. Lumrah alam menentukan bahawa setiap anak menpunyai sifat semulajadi nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka. Dimana acapkali menguji kesabaran kita. Jangan mudah melenting kerna sebagai muslim kita sebenarnya mempunyai jalan penyelesaian. Doa harian yang boleh dijadikan amalan dan senjata orang mukmin dalam mengharungi kemanisan hidup berkeluarga...
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kite untuk mendoakan segala kebaikan untuk anak-anak. Tidak mengatakan sesuatu yang buruk terhadap anak KERNA apa yang diperkatakan oleh ibu adalah DOA untul anaknye.
Doa Untuk Semua
1. Amalkan membaca "YA LATIF" sebnayak 7 kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka hendak atau sedang tidur.
2. Untuk membanntu anak supaya mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir "Ya Latif" sebanyak 129 kali di ikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud "Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambanya; Ia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki. Padahal Dialah Yang Kuat, Yang Gagah" Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan untuk keluarga
3. Ketika memasak, Sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Hai Orang- orang beriman! Sabarlah dan lawanlah Sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan"
4. Perbanyakkan Zikir Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latif dan Ya Rahman berulang- ulang. Zikir pelembut hati.
5. Amalkan surah Toha ayat 1-8, Surah Ar- Rahman ayat 1-4, dan surah Insyirah dibaca tak kira waktu.
6. Bagi ibubapa yang becrcita-cita mendapat zuriat yang baik elok diamalkan Surah Al-Imran ayat 38 iaitu doa Nabi Zakaria a.s yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa".
7. Kita digalakkan menyentuh dengan lembut ubub-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Di galakan sewaktu anak baru lelap tidur terutama kepada anak yang mengalami masalah emosi atau tungkah laku.
8. Selepas solat 5 waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ;"Tuhan kami, Anugerahkanlah kami ister-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kamiimam bagi orang yang bertaqwa"
9.Sebaik-baik waktu berdoa ialah tengah malam.

Subscribe to:
Posts (Atom)